Tips Belajar Sekiranya Anda Seorang Pemalas Nak Ulangkaji

Rasanya dah sangat lama tak update blog Fara ni. So, hari ni ada masa free sket , fara nak share cara-cara study kalau anda bukan seorang kaki study ( sama lah macam fara) .
Okay, sebenarnya dalam belajar kita kena ada teknik, kena ada perancangan yang bijak. Walaupun kita tak study hardcore pun, kita boleh skor , InsyaALLAH.
Macam orang putih kata, study smart not study hard.

Tips no 1 : 
Fokus dalam kelas. Kajian dibuat lebih 70% kejayaan pelajar adalah daripada tumpuan dalam kelas. Kalau boleh cuba aktifkan diri dalam kelas. Dalam kuliah cuba duduk di barisan paling hadapan. Dulu lecturer fara kata, lagi depan lagi berkat, sebab dapat lebih semburan airliur lecturer..hehehe. Okay, bunyi macam over, tapi ada betulnya, sebab bila kita dah faham konsep sesuatu topik, tak perlulah kita revise secara hardcore diasrama/ di rumah. Baru ada gaya budak genius kan? hehe

Tips no 2:

Tanam sikap cinta subjek. Kalau boleh jangan ada subjek2 yang dibenci. Bermula dengan sukakan cikgu atau lecturer yang mengajar, kemudian kita akan rasa seronok bila belajar. Bila seronok, kita akan mudah faham subjek tu, dan makin lama makin excited nak belajar benda baru.

Tips no 3:

Buat catatan time cikgu mengajar. Selain kita lebih mudah faham dan ingat, kita dapat elakkan diri daripada mengantuk dalam kelas atau kuliah. Nota kecik ni kita boleh bawak di mana2 sahaja,boleh baca. Masa tengah tunggu bas kat bus stop, bukak jap, study. Takpun tengah tunggu turn beratur kat dewan makan, boleh lah baca.

Tips no 4:

Kena tahu "prime time" anda. Selalu orang jadi malas nak study sebab mood ke lain, mood nak makan atau mood berfacebook melebihi mood nak study. Okay, common dalam kalangan student zaman moden. Kalau boleh kita kena tahu pukul berapa waktu yang kita sesuai nak study, yang mana time tu kita takkan mengantuk, dan kita akan fokus untuk study. Kalau fara personally, waktu sesuai bagi fara ialah sebaik sahaja balik kelas , dalam pukul 6 petang sampai 10 malam. Kiranya study ikut kesesuaian tubuh dan minda kita,baru lah mudah masuk kan. 

Tips no 5:

Pilih tempat yang sesuai. Nak menuntut ilmu biarlah kena pada tempatnya kan. Kalau boleh elakkan dari tempat2 yang bising untuk elakkan gangguan. Sebab kalau ada gangguan , boleh melambatkan proses ulangkaji kita. Study lah di bilik bacaan, atau bilik tidur kita, elakkan study di ruang tamu sebab nanti nak bersembang je kerjanya, takpun nak tengok tv aje.

Tips no 6:

Jangan paksa diri. Terutamanya menjelang peperiksaan, kita akan jadi tergopoh-gopoh nak study, pegang Bio, Chemist tak habis study lagi. Bukak Maths, teringat Physics pulak. So, kalau boleh kita kena bertenang. Study satu2, buat jadual kalau perlu. Barulah tak haru biru..heheh

Okay, ni je lah sedikit sebanyak tips yang fara nak kongsikan dengan kawan2 dan adik2 :) Selamat maju jaya!