Tips Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas

Hi. Entry kali ni fara nak share tips untuk hilangkan mengantuk dalam kelas. Hopefully dapat membantu anda semua.

Tips no 1:

Bangun awal di hari kelas. Tak kira selewat mana anda tidur, cuba lah bangun sekurang-kurangnya dua jam sebelum kelas bermula. Bila kita dah memulakan hari kita lebih awal, Insyaallah tubuh dan minda kita lebih alert dan bertenaga. Kalau boleh cuba lakukakan senaman pagi, berjoging atau senamrobik. Paling kurang cuba bersihkan lantai bilik, kemas buku pun dah kira exercise. 

Tips no 2: 

Ambil sarapan pagi. Makanan memberi tenaga kepada kita. Tapi elakkan bersarapan dengan makanan berat kerana khuatir boleh menambahkan rasa mengantuk. Cukup sekadar roti atau telur dadar untuk alas perut sebelum ke kelas.

Tips no 3:
Minum cukup air. Badan kita memerlukan sekurang-kurang 8 gelas air setiap hari. Dalam komposisi air pun terdapat Oksigen yang mana sangat diperlukan oleh otak. Kalau boleh bawa bekal air kosong ke kelas supaya kita kekal alert. 

Tips no 4:

Ambil bahagian / aktifkan diri dalam kelas. Walaupun tak dapat jawab soalan cikgu bagi, at least cuba aktifkan diri. Catat nota-nota penting tentang subjek yang diajar. Banyak pergerakan boleh menggalakkan saliran darah membawa oksigen ke otak kita. Bila dah cukup oksigen, barulah kita tak mengantuk.

Tips no 5:
Lakukan sedikit regangan. Sekiranya terdapat masa terluang, lakukan sedikit regangan atau senaman ringan. Sesuai dilakukan semasa duduk di atas kerusi, cuba lunjurkan kaki dan gerak-gerakkan ia ke kiri dan ke kanan. Angkat tangan ke bahu, gerak-gerakkan. Bagus untuk melancarkan pengangkutan oksigen ke otak.

Terima kasih. Itu lah sedikit perkongsian dari fara kali ini :)