Tips kebah demam orang Russia

Assalamualaikum ;) huhuhu... Dah sebulan lebih since Fara fly back to Russia. since seminggu datang sini sampai la sekarang Fara punya hidung still tersembut. aiyaiyaiii... stress betul . Dah makan panadol, ubat selesema , nasal spray pon dah letak tapi tak sembuh2 hidung ni. Grrrr... tadi 




Fara cuba balik remedy yang Fara selalu buat time first year dulu. Minum teh dengan lemon. huhu.. Alhamdulillah, minum tengahri tadi secawan, malam secawan rasa lega sket hidung ni.... hihihi... so kalau kawan2 selesema atau demam nanti cuba la minum teh panas dengan lemon ya. Kalau campur madu lagi bagus dan lagi sedap. 











Plus lagi satu tips dari Russian teacher , kalau demam orang2 Russia suka minum teh panas campur dengan jem Raspberry. Lepas minum teh tu, kena duduk berkelubung dalam selimut nak kasi berpeluh, pastu esoknya terus hilang demam. Selamat mencuba ya ;) 

Home remedy untuk kulit licin dan glowing

Assalamualaikum, hari ni Fara nak share home remedy untuk dapat kan kulit yang licin dan glowing. Sesuai untuk jenis kulit kering macam Fara ni. Fara sekarang ada kat Russia, so memang selalu alami kulit kering sebab cuaca kat sini yang sangat2 sejuk terutamanya masa musim sejuk. Cuaca macam ni memang menyerap semua lembapan dari kulit, baik di muka , tangan , badan mahupun kaki. Ok, ni skrub untuk dapatkan kulit muka yang lebih lembab dan lembut. 
Perlukan 4 bahan sahaja.






                           1. Minyak zaitun







                                                                                                  2.Gula 





3. Pencuci muka (apa sahaja jenama yang anda gunakan, macam Fara        guna Bio Essence) 



                             4. Lemon 



Campur saja semua bahan tu dalam satu bekas, gaul sebati guna jari anda. Pastu lumurkan di muka. Kalau kulit yang ada jerawat tu, jangan lumur kuat2 sangat, nanti luka pula . Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan tisu atau tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu dan akan dapat kulit yang diidamkan. :) Terima kasih.

The Best Redlipsticks

Hello, Assalamualaikum, today I would like to share about one of the things that I obsess the most , the red lipstick! Well, actually I love to walk with red lipstick because it gives me the feel of confidence as well as makes me look mature and elegant ;) Those are my favourite red lipstick brands. Application of red lipstick also make our teeth and skin look brighter ;)





1.Queen of Hearts by Collection 2000
 I love it the most because it is a matte lipstick which I love 
(I think matte type lipstick is the most ideal lipstick because it   lighter on lips) and the colour is very intense and dark.









2.Chilli, MaxFactor 

This is my latest lipstick, very nice colour with some glitters on it. The texture is very smooth on lips and very light. But I dont really like the scent of this lipstick. :P 





3. Candy Apple, Revlon 

As cute as its name, this lip butter is very nice in colour, and it does give some moisturizing sensation on lips when I wearing it. The texture very smooth and clean.




4. Destinasi Cinta II, SimplySiti
This is the local product of my country , Malaysia and I love it so much. The colour is bright red , and it is a matte lipstick. Suits to its name Destinasi Cinta( The pathway of love ) I think I found my love, and my love is the lipstick itself. :D 

Thanks for your reading :) Be confident ;))


3 Langkah Kulit Flawless dan Glowing

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis. heee.. ok kali ni Fara nak bagi tips penjagaan kulit muka sebab Fara juga seorang yang obses pada kecantikan. Kecantikan kulit wajah bermula dari penjagaan yang rapi konsisten. Berikut langkah demi langkah ke arah kulit yang cantik dan mulus.



                1. Cuci muka
Cuci muka anda setiap kali selepas mengenakan mekap. Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Kenalpasti jenis kulit anda ; berminyak, kulit kering, kulit normal atau kombinasi. Kemudian lap dengan tisu, atau tuala bersih. Kulit muka Fara agak kering, Fara gunakan pencuci muka yang memberikan kelembapan. Sebagai contoh Bio Essence Tanaka White Double Whitening ni. 





2. Toner
Toner merupakan kunci utama kulit yang cantik. Di samping dapat membersihkan lagi kulit wajah, toner dapat menghidrasikan kulit anda dan menjadikan kulit lebih glowing. Ni produk yang Fara guna. Memang smooth.






                        3. Gunakan pelembab muka

Jangan biarkan kulit anda kusam tanpa pelembab. Walau apa jua jenis kulit anda, gunakan pelembab sebagai langkah ketiga. Pelembab muka mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah anda dan menjadikan kulit anda lebih bersedia untuk langkah seterusnya iaitu mekap. Gunakan krim siang untuk aplikasi di waktu siang, dan krim malam sebelum tidur. Untuk krim siang dan krim malam Fara gunakan produk Olay Essential. 



Dah lengkap 3 langkah penting ni, so ready to rock your skin girls! 

About Me




Hello! Haha. Tak tau apa motif Fara nak tulis benda ni, mungkin sebab nak penuhkan ruangan tabs kat bawah header tu kot. Takpe lah, apa salahnya kita berkenalan kan. Okay, tu pun kalau korang nak kenal la dengan Fara, kalau taknak takpe, tapi Fara nak cerita jugak. Tulis simple2 je lah okay, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la komen di bawah ya :) 
   
Nama penuh Fara, Farrah-Hanim (dash kat tengah tu rare okay, jangan tak ingat). Fara lahir dekat rumah je, di Kemaman. Tak sempat ibu nak pergi hospital, Fara dah keluar dulu. Sorry bu. Hihihi. Abah orang Kemaman, Terengganu dan ibu orang Pekan, Pahang. Kira nya Fara ni anak jati pantai timur. (patutlah sopan kan?) Perasan. Tapi sekarang ni Fara duduk di Segambut, KL. Orang cakap muka Fara ada chinese/ japanese look sikit , ye ye je. hahaha. Kalau belah ibu ada mix arab+india , belah abah mix chinese. Jadi ada lah kot sikit2 muka cina tu, tang mata kot. hehe. 

Fara lahir 26 September 1993. Zodiak Libra. Tahun ni Fara dah 22 tahun dah, cepat je masa berlalu. Tapi orang selalu tak caye Fara 22 diorang kata nampak tua. Huhhhhh!!! Comel camni diorang cakap tua. Tak boleh blah betul. Oh ya, Fara ada 5 orang adik beradik, 4 perempuan 1 lelaki. Fara nombor 4. Kalau dalam adik beradik Fara paling jarang ada kat rumah lah, bukan sebab suka lepak kat luar, tapi sebab Fara masuk asrama dari umur 13 sampai lah sekarang, so ada kat rumah masa cuti semester je lah. Kadang2 ada jiran yang tak kenal, dia tanya Fara ni pun anak ibu abah jugak ke. Huk aloh.
 Kessokk hati ( tersinggung) Hahaha.
Actually, Fara nak buat blog ni macam secret2 je, taknak reveal siapa Fara sebenarnya, ala2 misteri sikit la. Tapi takpe, seronok jugak berkongsi tentang diri kita kan. Jadi Fara nak bagitau lah dulu Fara sekolah di SM Sains D***** (2006-2010). Huhu  Okay, lepas tu Fara sambung study kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (matriks)  kat Kuala Pilah tu. (2011/2012). Amik aliran sains kat sana. Pastu Fara dapat tawaran belajar Medic di Volgograd,Russia. (2012-2018). InshaaAllah akhir tahun 2018 ni grad lah Fara, lagi 3 tahun setengah :) Oleh sebab tu Fara boleh bertutur 3 bahasa lah, Bahasa Melayu, English dan Russian. 

Okay, kalau nak cerita pasal diri dan minat pulak, Fara ni seorang yang tak banyak bercakap dan orang tengok macam sombong sikit la. Sebab kalau tak senyum wajah Fara memang nampak bengis sangat. Takut korang melihatnya. Tapi sebenarnya bukan sombong, cuma tak friendly. Fara jenis tak suka buat ramai kawan, sebab Fara ni penakut sebenarnya. Fara takut kalau2 ada tentang diri Fara yang diorang tak suka nanti lepas dah berkawan, so sebab tu Fara elakkan untuk ada ramai kawan. Plus I hate drama. Girls kan banyak drama queen. Huhuh. Okay, lagi satu Fara ni selalu nya ada different opinion berbanding orang lain, so slalu ada disagreement la. Tapi tak de lah serius sangat kepelikan pendapat Fara tu. Cuma contoh macam diorang cakap Nora Danish cantik, Fara cakap Anzalna lagi cantik. Haa.. tentang benda2 macam tu lah.

Pastu Fara ni agak conservative sikit walaupun open minded. Fara tak de hobi macam kawan2 lain,contohnya macam pergi travel, baca novel, tengok movies, makan2 kat restoran. Fara lagi suka duduk rumah, masak, kemas rumah menyanyi kat dapur .cewah, macam good2 je pulak Fara ni. Tapi tu lah hakikatnya. Fara seorang yang soft spoken kot. hehe.  Kalau bab makan pulak Fara suka makan makanan melayu lah of course, especially lauk ayam dan ikan. Fara tak makan daging merah macam lembu, kambing, kerbau dan tak tau nak bagi alasan apa bila orang tanya kenapa tak makan daging sebab Fara memang tak suka. Fara suka makan kuih2 tradisional jugak, macam kuih lompang, kuih tepung pelita, lompat tikam, kuih lapis. Arghh takleh nak list semua sebab keyboard dah basah dengan air liur meleleh ni. Slrrppp. Artis favourite, of coz la Lana Del Rey. <3 Fara juga sorang yang kuat gelak, kalau dah gelak memang takleh stop. Sebab tu kalau dalam entri korang boleh baca banyak haha hihi huhu Fara type. Heheh.

Apa lagi ek nak cerita, takde apa dah kot. Oh ya, target nak kahwin umur 26. Masa tu buah hati Fara dah 39 tahun. Hehe. Takpe, men's life begin at 40 kan :) Surprise tak dengar, hehe. Fara memang suka yang matang2 banyak pengalaman, baru lah bahagia je rasa. Okay, takde idea dah nak cerita apa. :D  Btw, ni actually blog kedua Fara, dulu tahun 2009 Fara pernah aktif blogging, dalam 2 tahun jugak kot. But, Fara terdelete Fara punya Gmail lama, so blog tu hilang sekali dengan Gmail. Haha.