Study Oversea Tak Best



Hi semua. Hari ni rasa macam super malas, even sekarang pun Fara belum mandi lagi, hehe. Tapi rajin pula nak menaip entri.  Entri kali ni Fara saja nak berkongsi suka duka sepanjang Fara study di bumi asing Russia ni. Fara percaya rata-rata orang akan cakap study luar ni seronok dan fun. Even Fara sendiri pun sebelum ditawarkan study kat sini, memang Fara bayangkan semuanya indah. Tapi sebenarnya lepas dah alami sendiri, dah datang sini, memang Fara kadang2 kalau ikutkan hati rasa nak give up je. Haih. Tapi dah 3 tahun berlalu, half way to go. Tinggal lagi baki 3 tahun untuk complete, so nak tak nak memang kena lalui dan habiskan jugak. 


1.First of all, Fara nak kawan2 semua ubah persepsi yang study di luar      negara ni fun dan lebih sosial. 

Mesti korang bayang kitorang bergaul mesra berparti dengan omputeh2 kat sini. Haha. Dalam mimpi la, sebab diorang punya lah sombong. Kalau nak tengok diorang tegur kita cuma pada hari2 diorang ada festival je, masa tu mood diorang happy kot. haha. Rasanya kat Malaysia lagi best , bebas berkawan, orang2 yang ramah mesra, kira senang la, budaya kita sama, kita senang nak faham antara satu sama lain. Kalau kat sini, buat salah sikit memang kena maki. Jadi memang kena kuatkan semangat sikit lah. 

2. Terpaksa jauh berbatu2 daripada orang2 tersayang.

Dulu zaman duduk sekolah asrama yang boleh dikatakan sebulan 2 kali balik rumah pun dah cukup rindu, hari2 call ibu gayut ngan ibu. Sekarang jarak yang beribu2 batu ni adui lagi la mencucuk2 rindu, tambah2 kalau dah ada pasangan, ada suami, atau ada anak2. Terpaksa berpisah jarak dan masa. Pastu, dengan masalah time zone tak sama lagi, macam Malaysia dengan Russia je beza 5 jam dah. Kita baru semangat nak online nak mesej, orang2 kat Malaysia dah dibuai mimpi. Jadilah kita pungguk rindukan bulan kat sini. Sob sob ;(

3. Bergantung pada orang2 yang latar belakang berbeza

Adat merantau, terpaksa  bergantung pada komuniti kecil. Kalau ada apa2 berita atau khabar, memang dapat daripada komuniti kat sini, ada masalah kecik nak tak nak kena share dengan kawan2 sekeliling. Tapi agak susah contohnya kita ada masalah kewangan tapi sekeliling kita adalah kawan dari keluarga senang. Kadang2 orang tak faham masalah kita, naya kalau dipandang sinis kan. Kalau duduk dekat dengan keluarga lain la, sebab kita membesar dalam environment yang sama. Jadi memang kena betul2 pandai pilih kawan dan jangan sampai tersalah cakap benda2 yang tak patut cakap, takut tak semua orang boleh terima.

4. Setiap gerak geri diperhatikan

Okay this thing paling stressful especially bagi Fara yang quite secretive and tak suka kalau orang amik tau apa yang Fara buat. Well, bila dalam komuniti kecil biasa lah, senang sangat orang nak tau apa yang kita buat, even kita nak kawan dengan siapa , kuar ngan siapa semua diorang boleh tahu, jadi memang agak stress la. Tambah2 komuniti girl yang suka cakap belakang, ouhhh bahaya sungguh. Tak faham la kenapa nosy sangat, chill la. Setiap manusia kan berbeza beb. 

5. Segala masalah2 perkauman

Okay, this thing memang sangat cliche dan tak perlu kot Fara nak ulas panjang2. Tambah2 lagi duduk di negara omputeh yang mostly pandang rendah pada Asian. Tak cerita lagi kisah Islamophobia dan segala perkara2 bias. Kadang2 bila nampak pakai tudung, pemandu bas tak nak amik, kadang2 sambil jalan kena kacau. 

Okay, tu saje lah perkongsian sedikit sebanyak. Tapi, Fara share bukan bermakna Fara tak bersyukur dengan apa yang Fara dapat, dan diakui memang banyak perkara2 manis dan peluang yang Fara dapat rasai di bumi asing ni. Cuma Fara nak berkongsi saje, mungkin ada kawan2 yang berminat untuk further study di luar negara, skurang2 nya Fara ada bagi gambaran sikit kan :) Sekian, terima kasih.



24 comments:

  1. Nice sharing kak fara. Mental kena kental betul baru boleh hadapi ni. One thing, driver bas tak amik ke kalau pakai tudung? Pelik betul pemikiran diorg. Tpi betul la apa yang kak fara ckap , bukan senang kan nak masuk with culture yg different with our own culture kan . Acculturation memang mcm tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dayah, thnks baca entri akak. :) :*
      ye dik, somtimes mmg ade orang dia yg racist tu buat perangai pelik2.. hihi.
      yes dear, persediaan mental mmg sgt2 pnting :)

      Delete
  2. thanks Nard :) inshaallah

    ReplyDelete
  3. artikel yang menarik fara. boleh dikongsi diblog saya?

    btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Prince of Noob. Haha... sekadar luahan hati dan pengakuan jujur dari orang yang tak seberapa . silakan kongsi.

      Delete
  4. wuu. ikot negara kot.. kalau UK rasanya xde msalah kan.. coz tgok kawan relaks jer

    ReplyDelete
  5. wah , takpernah lagi dengar orang study oversea kata tak best duduk sana . nice share la akak :) btw , akak study kat rusia amik kos apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, akak saje je bagi pandangan negatif , sebab nak share true story yg duk oversea takde lah seronok sgt. he. buat medic sini

      Delete
  6. yang no 4 tu i paling setuju bila komuniti kecil so diorg senang detect our activity and kinda easily to judge us..sbb this kind of situation same like bila study kat ipts yang sikit malay student..btw, good sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks The anugerah sebab setuju. betul sakit hati sikit especially kalau kita jenis macam introvert sikit. huhu

      Delete
    2. Thanks The anugerah sebab setuju. betul sakit hati sikit especially kalau kita jenis macam introvert sikit. huhu

      Delete
  7. kesiannya awak,, jaga diri kuatkan semangat ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait, fara akan kuat thanksss

      Delete
    2. good girl..insyaAllah ganjaran besar in future dear

      Delete
  8. Ohh myy hjr baru pasang angan angan nak futher stdy di luar ngara untuk degree ni haha but its okay . At least hjr tahu serba sikit environment dia . Nicee lahh kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha, sorry kalau patahkan semangat adik, memang tak dinafikan banyak kelbihan darpada keburukan, tapi saje nak bagi pendedahan awal pada adik2 supaya lebih well prepared

      Delete
  9. Totally agree that studying overseas could be hard at times, tapi experiences tu yang jadikan perjalanan kita di negara orang lebih bermakna, betul tak hehehe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, betul tu dear, hujan emas di negeri orang kan? :)

      Delete
  10. Hye kak fara,
    yeah akak, i feel you. even saya just amik sains stream but im the only one mlay girls& muslim yang ambil sains stream in my school and it's not easy to handle laa.. hahah. Ni baru dekat malaysia.

    and by the way akak, my name is fara too! haha
    and saya memang teringin hamek medik. wuhuu pray for me akak!

    ReplyDelete