Exam Mode Activated

Hello semua. So sorry, I've been very busy since last week and akan berterusan sampai 13th July ni. Final exam start on 6th July. Please doakan Fara ya. Ada 3 papers this semester, Microbiology, Hygiene and Russian language. Sorry sebab tak dapat blogwalking kat blog korang and reply comment2 korang, promise lepas dah balik Malaysia nanti Fara akan sambung blogging semula. 14th July Fara fly balik dan Inshaallah sampai Klia pada 15 July tengahari . Doakan semuanya selamat dan berjalan lancar ya. Love you all <3  

Makanan Tradisi Masyarakat Russia

Hi, Assalamualaikum, selamat petang semua. Sambil Fara tunggu waktu berbuka ni, Fara nak berkongsi tentang jenis2 makanan yang terdapat di Russia. Makanan kat sini memang mostly unik dan rasa makanan tu tak seperti yang kita semua bayangkan dari rupa bentuk dia. Hehe. Okay, sebelum tu nak cerita yang orang Russia ni jenis tak makan satu makanan tu dalam kuantiti yang banyak, tapi sekali makan diorang akan makan macam2 jenis makanan. Contohnya, setiap kali makan mesti ada satu sup, satu roti, satu salad, satu kek, lebih kurang camtu la. Dan kat sini diorang tak suka makan lewat2 malam berat2 macam orang kita, restoran , kedai mamak bukak 24 hours (that's why I love Malaysia because we don't have rule haha).  Tapi satu je lah masalah orang Russia, mungkin omputeh negara lain pun sama kot, diorang kuat minum sangat. Kalau naik flight dapat seat sebelah diorang memang kalau kira lebih 5 kali diorang mintak beer dari stewardess. Minum alkohol ni tak bagus tau , sebab tu Islam pun larang, macam2 penyakit datang nanti. Okay Fara mulakan ya :) 

1. Borscht 

So, ni lah rupa borscht tu, (sebutan dia borsh) Kira macam sup sayur la, main ingredient dia Beetroot iaitu sejenis ubi yang warna merah purple. Pastu yang putih tu rasanya mayonis ataupun sourcream. Not bad lah rasa dia, some sort of healthy food. 

2. Salad Seld (herring)
Yang pertama ni diorang panggil Salad "Seld" yang bermaksud ikan seld (herring fish). Ikan ni mentah2 je dia cincang halus2, campur dengan beetroot, cheese, and mayonis . 

3. Salad Mimoza

Yang ni salad mimoza, dia campur ikan ngan carrot kot, pastu ada cheese dan telur rebus.

4. Salad Olivie


Ni salad tradisi orang dia, selalu dimasak waktu perayaan diorang, dalam ni ad potato, carrot, kacang peas kot pastu dia letak daging takpun sosej. Sementara tunggu detik tahun baru tu masing2 berkumpul kat meja dan makan salad ni dan ada lagi juadah2 lain.


5. Meat Jelly


This one the most disturbing food yang pernah Fara tengok kot. Haha. Bayangkan sup daging kita campur jelly dan jadi macam agar2. Selalu diorang masak masa festival New Year dan Christmas .

6. Blini  (pancake) 


Blini ni makanan yang famous dan sedap la kat sini, kiranya pancake/lempeng atau crepe. Macam2 perisa boleh letak, daripada jem strawberry, chocolate, nuttela, hingga lah isi salmon dengan sos dan jugak telur salmon macam kat gambar kat atas ni.

6. Kotleti 

Kotleti ataupun lebih kurang homemade burger ni ada macam2 jenis, sebenarnya tak pernah makan pon benda ni. Haha, tapi ni makanan favourite diorang kalau dinner.

7. Cheburek


Cheburek ni kalau tengok bentuk memang lebih kurang dengan karipap kan, tapi saiz giant. Dalam dia ada inti daging and ayam, rasa dia lebih kurang macam karipap sambal ikan kalau kat Malaysia.

8. Pelmeni (dumplings) 



Pelmeni kat sini ada macam2 perisa, daripada mushroom, potato, seafood , ayam, daging , ada jugak buah buahan seperti raspberry, blueberry and cherry

Ada macam2 jenis makanan lagi tau kawan2, korang boleh lah google cari Russian food kot2 nak try resepi dia kan. Fara sebenarnya tak berapa minat la menu2 diorang, prefer masakan Malaysia lagi la. 
Malaysia oh syurga makanan. Hihi





Wishlist Benda Nak Buat Bila Balik Malaysia

Hi, Assalamualaikum semua. Pagi ni housemate Fara dah balik Malaysia dah, jealous much. Fara punya batch ni lain sikit sebab kitorang start semester in Winter , so cuti summer kitorang pendek. Diorang pulak summer batch, so cuti summer diorang panjang. Tapi takpe, masanya akan tiba nanti, kitorang pun akan balik, tapi kena menghitung hari lagi la, 23 hari lagi. Wuhoo. Lagi nervous sebab nak exam 3 papers final ni. Harap2 dapat skor the bomb la. Amin. Okay, nak senarai list benda nak buat masa kat Malaysia nanti. Tak interesting sangat pun, sebab Fara bukan kaki merayap. 

1. Sampai2 je kat Malaysia, nak pergi bazaarRamadhan, since Fara sampai pun 2 hari sebelum raya 
2. Nak beli baju raya (belum ada lagi untuk tahun ni) 
3. Balik kampung kat Kemaman
4. Nak naik kereta baru abah LOL
5. Nak jumpa buah hati dan keluarga dia
6. Nak makan makanan Malaysia
                






                                       

Oh my god, how I miss all those delicious food. And tak lupa juga nak lepak kedai mamak makan nasi kandar or roti canai. Nyum3. See you in 23 days
(Gambar sumber dari Google)

Entri Merapu Penuhi Newsfeed Facebook

Hi, Assalamualaikum, salam 2 Ramadhan kepada semua kawan-kawan Fara yang beragama Islam, sempat lagi Fara update blog sementara tunggu nak sahur. Hihi. Topik hari ni rasanya takde lah benda baru pun, cuma recently macam menjadi2 pulak semenjak Fara rajin scroll Facebook. Okay,Fara bukan jenis yang suka follow mana2 page sesuka hati, sebab memang buat semak dekat newsfeed. (sama lah kalau dengan blog, Fara tak berapa berkenan dengan sesetengah segmen yang suruh kita follow macam2 blog dan page, maaf ya) Sorry bahasa agak kasar. Sambung  balik kisah Facebook, kadang2 kalau kita nak bukak satu post yang di share tu terpaksa pulak kena like macam2 page kan? Selalunya Fara akan check kat senarai page yang Fara like pastu unlike balik semua. Haha. 

Okay, main point yang Fara nak sampaikan adalah sesetengah page yang kita like yang suka share entry2 yang tak berapa sesuai untuk tontonan umum. Okay, benda ni berlaku kat Fara, Fara minat sangat2 dengan Aaisyah Dhia Rana, anak Rozita Che Wan tu sebab comel nya ya ampun. So, Fara follow la page dia, tapi yang banyak bukan nya gambar baby, tapi post2 atau share2 artikel dari blog2 yang merapu. Rata2 entry tu memang 18sx la, tak perlu Fara mention kat sini rasanya semua orang faham kot. Okay, faham la, yang kendalikan blog tu memang lah admin dia, bukan baby tu sendiri, tapi jaga lah perasaan peminat2, fikir before nak share any artikel, kalau boleh biar berkaitan dengan page la. Kesian pulak page baby comel tapi share entry2 luc**. Sakit hati Fara. Fara ni bukan lah baik sangat, tapi orang kata kita biar lah ada adab sikit hidup, barulah hidup bahagia, haha pandai2 buat peribahasa sendiri. 

Biar dituduh tak sporting daripada kita mencemarkan minda dengan entry macam gitu. Lagipun please ingat yang pengguna Facebook bukan hanya dalam golongan dewasa, budak2 pon ada, remaja yang baru nak kenal dunia. Kalau diorang terikut2 dengan apa yang kita share tu nak salahkan siapa? "Ada akal fikir sendiri lah mana baik buruk" . Oh, kalau dah tau benda tu buruk kenapa kau pergi share. Hehe, apehal Fara emosi ni???? Geram, sebab kita dah minat baby tu tapi tak dapat tengok gambar2 dia, yang dipost cuma entry2 tak senonoh mau tak sakit hati kan? Rata2 admin page atau pemilik blog ni terlalu taksub mengejar bilangan like dan nak naikkan trafik blog lah Fara rasa, sampaikan kena post benda2 mengarut untuk tarik perhatian ramai, kadang2 tu sengaja letak tajuk entry yang kontroversi sebab nak tarik perhatian sedangkan isi tu macam 360 darjah lain daripada tajuk. Okay, akhir sekali kalau dikalangan reader entry ni yang merupakan admin mana2 page, please please and please tapis korang punya entry yang nak dishare kalau taknak kena marah2. Okay, sorry lah dah marah2  kat blog pagi2 buta ni, garang kan Fara? Haha. Tata semua :)

Puasa 19 Jam Sehari

Hi, Assalamualaikum semua, tak sangka besok dah masuk 1 Ramadhan kan. Korang ada buat apa2 persediaan tak nak menghadapi bulan puasa ni, macam Fara tadi dah buat persediaan dari segi makanan lah. Hehe. Dasar kuat makan. Di samping tu, nak try ubah diri jadi lebih baik, Inshaallah mana tau boleh kekal jadi hamba yang taat. 

Nak cita sikit lah apa beza puasa kat sini dengan kat tanah air. Okay, sini yang paling obvious adalah duration puasa almost 19 jam. Huhuhu. Ni ha table waktu solat kat sini, korang leh tengok sini Subuh pukul 1.33 pagi dan maghrib pukul 8.07 malam. Dalam 18 jam setengah lah puasa. Kalau kat Malaysia lebih kurang 14 jam je puasa. Lagi mencabar lah kot, tapi takpa, apa guna lemak2 yang tersimpan tu kalau setakat puasa 19 jam pon takleh handle. Teehee. Malas tulis panjang2, selamat berpuasa semua kawan2, semoga amal kita diterima oleh Nya :-) ***sorry table bawah tak center, takleh adjust dah try.




Prayer Schedule June / 2015
DateDayFajrSunriseDhuhrAsrMaghribIsha
16Tue1:333:5712:034:208:0710:18
17Wed1:333:5712:034:208:0810:19
18Thu1:333:5712:034:208:0810:19
19Fri1:333:5712:034:218:0910:19
20Sat1:333:5712:044:218:0910:20
21Sun1:343:5812:044:218:0910:20
22Mon1:343:5812:044:218:0910:20

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker


Hello. Hehe. Tajuk entry macam acah2 nak tulis English je kan. Dah abes sekolah ni memang grammar semua dah ke laut. Ye lah, sebab kurang praktis kan? Okay, tiba2 dapat ilham nak buat entry pasal ni sebab ada sorang adik ni komen kat entry Fara suruh ajar dia Bahasa Inggeris. First of all, Fara nak buat pengakuan yang Fara bukan seorang good speaker kalau nak berbahasa Inggeris, mesti fikir 2 3 saat baru boleh buat ayat. Fara percaya ramai yang sama macam Fara kan? ****High five sikit. Actually kita bukannya tak pandai, cuma tak yakin je. Dalam hati ni duk fikir mesti malu kalau tersalah cakap kan? Terutamanya orang2 belah pantai timur macam Fara ni, penggunaan bahasa Inggeris agak kurang, ya lah, balik umah duk kecek kelate or cakak ganu je. Pastu dari kecik, mak ayah kita takde pon cakap bahasa inggeris dengan kita kan. Hihi. Kalau tak setuju jangan marah ya, Fara cuma cakap pasal diri Fara je ni.

Okay, nak bukak story zaman sekolah sikit lah. Hehe. Fara boleh dikatakan agak pandai lah subjek English, Fara maintain score A atau B je masa exam, and infact Fara dapat A+ masa SPM dan masa Matriks Fara amik exam MUET, dapat Band 4 ;) Alhamdulillah. Tapi sejujurnya, kalau ajak bersembang English dengan Fara, Fara agak gugup lah, tak yakin diri sangat. So, pada adik2 yang akan exam tak kira lah, PT3 ke, SPM ke, MUET ke , adik2 takyah risau lah kalau tak reti speaking, yang penting adik2 kena ikut tips2 yang akan Sis Fara bagi ni. Ngeh3.

1. Kena suka/sayang/cinta subjek bahasa Inggeris

"Hek eleh Fara ni, apa punya tips lah kan". Haha, chill lah dulu, meh Fara huraikan point pertama ni. Okay, Fara percaya ramai antara student yang tak berapa suka belajar bahasa, ya lah, boring, mengantuk lah belajar 
Grammar , literature apa semua ni. Haippp. Tak kira, mengantuk ke bosan ke korang kena jugak suka subjek ni. Wajib! Memang subjek bahasa ni korang nampak remeh temeh je, macam kacang goreng, tapi sebenarnya kena ada bakat tau kalau nak kuasai bahasa. Sama juga kalau nak belajar bahasa2 asing lain, macam Arabic ke, Japanese ke, Russian ke. Korang kena ingat Bahasa Inggeris ni penting tau kalau nak survive mana2, sebab dia kan bahasa antarabangsa. Just bayangkan kalau adik2 tak nak suka subjek ni, satu hari tercampak kat negara omputeh, kan susah. 

2. Buat latihan Bahasa secara kerap ( Kena rajin) 

Kalau kawan2 nak tau, masa Fara nak belajar bahasa Russia dulu, Fara study paling kurang 5 jam sehari, repeat and repeat tulis huruf dia, perkataan dia dan sebagainya yang berkaitan dengan Russian. Jadi, kalau adik2 nak skor subjek bahasa ni, adik2 kena rajin lah, kena selalu menulis, selalu cari maksud perkataan, kalau boleh adik2 kena ada satu buku nota kecik untuk tulis perkataan2 baru, pastu ada masa adik2 baca balik perkataan tu dan hafal maksud dia. So, bila satu hari nanti ada orang speak guna perkataan tu, bila korang dengar at least kalau tak faham semua korang boleh relate dan teka apa maksud yang dia cuba sampaikan. 

3. Kuasai format exam (penting)

Okay, seingat Fara lah english paper SPM ada dua paper kan, satu essay writing, lagi satu ada literature dan rumusan kan. Okay first of all, nak cakap pasal paper yang kena tulis essay tu. Fara paling suka pilih yang macam buat cerita tu. Sebab dia lebih umum dan kita boleh buat apa saja tema yang kita suka. Untuk skor benda ni, adik2 kena jadi seorang yang kreatif, cerita tentang benda2 yang agak touching, pasal family, pasal sekolah, benda2 yang related dengan adik2 , tu lagi senang nak kembang kan isi cerita dia. Pastu tambahkan, ayat2 bombastik macam tagline2 iklan atau produk, so tujuan dia nak geletek hati pemeriksa la. Okay, kalau adik jenis yang suka fakta, sama jugak, kena jadi lebih kreatif la untuk hurai supaya pemeriksa kertas tu seronok baca essay adik2.

 Okay untuk next part, literature part, good news kepada orang yang malas membaca macam Fara, ngeh3, korang tak perlu pun habiskan buku novel yang dia bagi suruh baca tu (tapi kalau habis lagi bagus k), yang penting kena tahu sinopsis dan character dalam cerita tu. Kena selalu baca buku rujukan pasal sinopsis dia dan selalu dengar apa cikgu ajar pasal literature ni. Kena cuba jawab semua jenis soalan pasal novel tu, banyak praktis k. And next part, pasal buat rumusan, apa entah dalam bahasa Inggeris dia, Fara dah lupa, kiranya tak silap adik2 kena tulis tak lebih dari 130 perkataan kot,this part Fara paling tak suka sebab tak challenging, memang tak berapa pandai pun nak pendek2 kan ayat, tapi adik2 kena pandai2 cari point penting, dan just sambungkan je dengan koma. Haha. Kbye

4. Cuba ingat lagu2 omputeh yang korang selalu dengar

Tips ni kelakor sikit tapi actually sangat membantu kalau korang tengah buntu dan confuse dengan grammar ayat. Korang cuba la ingat lirik2 lagu omputeh, kan diorang guna grammar diorang, so dari situ korang boleh lah tulis dengan betul. Tak kira lah lagu Katy Perry ke Justin Bieber ke, semua boleh relate lah.

5. Kuasai basic rules of English Grammar

Hokey, sebagai last tips kot, adik2 kena kuasai basic rules Grammar okay, baru lah senang nak karang ayat tanpa salah. 




















Okay, akhir kata adik2 kena ada minat untuk belajar lah baru boleh cemerlang dalam peperiksaan. Post2 tentang study yang Fara tulis ni bukan tujuan nak menunjuk2, cuma nak bagi semangat kat adik2 dan berkongsi tips sebab Fara dah lalui zaman sekolah tu kiranya berkongsi pengalaman lah. hee. terima kasih baca

Fara Nak Take A Break

Hello, hi kawan2 semua. Fara baru je balik dari picnic kat tepi sungai, sambut birthday classmate Fara. Penat betul nak jalan kaki sampai sana. Malam ni nak rehat je. Mungkin tidur awal. Huhu. Penat bercampur sayu lah pulak malam ni, mengapakah. Tapi biasa lah manusia selalu ada turun naik dalam hidup kan. Kadang2 happy, kadang2 sedih. Emm. Ni mungkin entry terakhir Fara before balik Malaysia, 14 July ni. Korang doakan Fara selamat sampai Malaysia ya. Dan segmen yang Fara buat tu still berjalan dan Fara akan selalu check emel untuk tengok siapa yang join, cuma Fara mungkin tak update entry baru. Nak fokus pada exam yang dah dekat ni. Doakan Fara cemerlang dalam exam ni ya. Terima kasih semua. I love you all. Fara rasa happy semula sejak aktif berblog ni, sebelum ni rasa sunyi semacam je, rasa macam kesunyian, macam kera sumbang pun ada. Huhu. Memang Fara spesis pelik, Fara lebih suka ada kawan alam maya berbanding depan mata. Emm. Malas nak taip banyak2, nak tidur dah ni. I love you all :) Keep on visiting my blog ya, kalau ada masa Fara blogwalking kat blog korang pula ;) Take care. 

TAMAT! Segmen Blog Black Queen (UPDATED)



Hi semua. Selamat petang. Okay, entry kali ni bukan seperti entry2 biasa yang Fara tulis sebelum ni. Entri kali ni nak ajak korang join segmen Fara buat kali pertamanya Fara buat seumur hidup. Haha. Memandangkan Fara akan balik Malaysia pada 14 July ni (lagi 33 hari dari tarikh hari ni 11 Jun. Kiranya segmen balik kampung la ni. Tujuan buat segmen adalah nak eratkan hubungan dengan Bloggers sekalian. Bukan nak tingkatkan bilangan follower, sebab Fara tak anggap follower sebagai follower but sebagai kawan, so Fara prefer kenal kawan2 Fara, jadi sebab tu kena buat entry pasal diri korang. Fara akan go through semua penyertaan dan pilih berdasarkan entry yang paling best. 

Syarat-syarat penyertaan
  • Terbuka kepada semua Malaysian Bloggers, lelaki dan perempuan
  • Buat entry bertajuk "1st Segment by Black Queen"
  • Dalam entry ni kawan2 kena describe tentang diri korang dalam satu perkataan, dan huraikan sekreatif mungkin , pendek2 pon takpe :)
  • Link kan entry Fara ni http://bungalovexx.blogspot.ru/2015/06/segmen-blog-black-queen.html dan letak banner kat atas ni okay 
  • Follow blog Fara 
  • Kalau dah join nanti komen kat bawah ya
  • 2 Pemenang Utama dan 3 saguhati akan dipilih berdasarkan entry segmen yang paling kreatif dan memikat hati Fara. 
  • Segmen bermula dari 11 Jun 2015 , tamat 11.59 malam 10 Ogos 2015 

Segmen ni berjalan selama 2 bulan sebab Fara ada kat malaysia cuma lepas raya, so senang nak settle dan update masa kat Malaysia nanti :)   Okay tak syarat2 dia, kalau korang ada cadangan ke apa ke just komen okay, mana tau kot2 nak request hadiah ke, ahaks. Sebab Fara pun tak reti sangat nak bersegmen2 ni. Newbies la katakan. Harap2 ada lah yang nak join. Hahaha .

Okey, uolls. Ni Fara nak update hadiah yang Fara dah beli. Hihi. Patut ke ek Fara upload gambar hadiah tu sekarang? Tapi sorry sangat2 kalau tak menepati kehendak korang. Terima lah seadanya ya. Hihi. 




Body Desserts Caramel Capuccino (Body Butter) bau sedap sangat sesuai untuk orang yang jenis2 romantik


Body Desserts Banana Milk Shake (Body Butter) memang real bau banana milkshake, korang mesti suka


Iceburg Ice (Perfume for Men) This scent reminds me a lot to my buah hati


Stolichnaya Shtuchka Moscow (Perfume) Emm wangi, smooth je bau dia

Sorry sangat2, sebab hadiah tak gempak pun, huhu. Harap korang suka la ya. Kalau tak menarik nanti fara usha lagi tengok2 benda lain. Nanti kalau ada apa2 update Fara tulis lagi ya :)


Senarai peserta <3


RBWNEON Sya

Nia Emkay
M A R I O
Potret Cinta ZahinZUl'Nas
Una MN
Orang Lidi
Cerita Ejoy
UmiKasom
SkuterLady 
ShaPurpleGirl
HanaFoodieLover
Ilyana Makcik Domokun
AienZunnur
Bukan Blog Retis
Nona Sani
Miss Oren
Naz

From UPSR to Doctor Of Medicine

Volgograd State Medical University

Hello, Assalamualaikum kawan2. Harap2 korang semua sihat lah ek. Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat. Fara pun tak berapa sihat sekarang, cuaca panas terik tak larat nak menahan, tambah lagi seminggu nak puasa harap2 semuanya berjalan lancar lah. Okay, kalau dari tajuk entri tu macam serius je entry Fara kan. Hehe. Sebenarnya ada beberapa blogger yang request untuk Fara ceritakan perjalanan study Fara, macam mana boleh tercampak kat bumi Russia ni. Ada yang cakap macam rare je pergi Russia, selalu orang study UK, Aussie tapi Fara ni ke Russia pulak, dah kenapa? Haha. Okay, entry ni bakal menjawab segala misteri2 yang menyelubungi fikiran anda. Gitewww. 

To be honest, I don't think I'm a genius girl pon, cerdik sikit2 tu ada lah. Hehe perasan. Okay, dulu sekolah rendah kat kampung je, tapi memang agak aktif jugak lah masa sekolah, selalu dapat no 1 lam kelas, and jadi tokoh pelajar dan ketua pengawas masa darjah 6. Alhamdulillah, UPSR pun Fara dapat 5A. Pastu tahun 2006 ( form1) dapat lah tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (sebut betul2 kang jadi berasmara pulak, haram tu) . Okay, sekolah Fara nama SM Sains D*ngun. Kat negeri Terengganu. Siapa boleh teka Fara bagi gula2. Okay, masa sekolah menengah seriously Fara ni cuma pelajar yang pasif, cuma aktif join Wind Orchestra je lah, tiup French Horn dari Form 1 sampai lah Form 5, pastu ada lah join drama omputeh, tu pun tak menang. Haha. Masa PMR tahun 2008 , Alhamdulillah dapat 8A. Pastu naik Form 4 Fara macam malas belajar sikit, sebab masa tu Fara macam ada masalah emosi sikit, sebab selalu kena ejek dengan kawan2 kelas, jadi Fara macam tak de keyakinan diri dan jadi tak suka sekolah. Tapi takde lah buat kes disiplin pon, just tak enjoy je kelas2 tu. Pastu masa Form 5, masa trial Fara dapat 5A kalau tak silap, dari tu Fara makin semangat nak belajar, siap terpilih join kem akademik di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu. Pastu, sampai lah SPM. 

Okay, sekarang Fara nak cerita the biggest secret of my life. *****drum roll + cymbal. Fara tak dapat straight A pon masa SPM. Sob2. Sedih kan? "Eh, tak straight A macam mana dapat sambung medic, tipu lah". Serius tak tipu. Actually Fara tak sambung study kat Russia exactly after SPM but Fara masuk matriks dulu setahun. ;) Tak tau lah kenapa Fara sangat redha dan cool dengan keputusan SPM masa tu dan memang dari zaman Form 5 lagi Fara aim nak masuk Matriks. Siap masa isi UPU tu memang Fara main isi je sebab Fara nak sangat2 masuk matriks. Mungkin Allah dah tetapkan jalan untuk Fara dan firasat Fara time tu memang betul dan membawa pada kejayaan jugak lah. So, tahun 2011 Fara daftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, di negeri poi pokan naik basikal tu. Program setahun je. Start masa kat Matriks la baru Fara shine bright like a diamond, Alhamdulillah, jadi pelajar paling aktif dalam kuliah, pastu skor markah tinggi2 masa test, maintain carry mark apa semua, pastu dapat lah pointer yang okay :) 

Okay, but mungkin kelebihan pada diri Fara sebab Fara anak jati Terengganu, kalau korang nak tahu setiap tahun memang Yayasan Terengganu akan bagi tajaan pada pelajar cemerlang untuk sambung study di oversea dalam perubatan. Course lain pun ada kot, macam Engineering. So, lepas dapat result sem 1 matriks (PSPM rasanya nak exam tu) Fara terus buka website yayasan dan memang kebetulan time tu memang dia buka biasiswa untuk lepasan matrikulasi/asasi dan lepasan SPM. Actually program ni Fara tau sebab ada senior zaman sekolah yang bagitau. Dia pun study medic under Yayasan tapi ke Mesir, Universiti apa Fara dah lupa. Hehe. Okay, so Fara mencuba nasib , main isi je time tu, walhal Fara tak pernah dreaming nak study medic pun, apatah lagi nak further oversea. Tau tak sebenarnya, sehinggalah sehari sebelum Fara isi borang tu Fara punya cita2 is nak jadi lecturer Biology, I love Biology damn much. And Fara isi jugak application sebagai lecturer Matrikulasi di UK, tapi takde rezeki pulak. Haha. Pastu Fara memang dapat pon offer degree Major in Biology dekat Uitm Jengka. 

Pastu nak dijadikan cerita yayasan panggil temuduga masa Fara betul2 nak exam akhir semester di matriks. Kecewa jugak time tu, Fara memang call direct Bahagian Tajaan Yayasan tu dan bagitau Fara takleh gi interview tu, pastu dia kata memang takleh lah dik nak postpone sebab takde panel interviewer. Auchh robek hatiku. Tapi Fara tak putus asa pun, Fara suruh family Fara buat surat dan pergi pejabat yayasan tu dan mintak dia buat second interview jugak. Haha. Nampak tak semangat tu. Pastu Alhamdulillah memang ada temuduga second tu dapat jugak Fara pergi. Mula2 ada IQ test pastu ada interview. Hahaa. Masa tu memang tak confident sangat pun sebab rasa macam tak cukup bagus je. Pastu surprisely ada interview kedua right after interview untuk sambung ke Russia tu. Interview kedua tu adalah khas untuk pelajar a level dan lepasan asasi matriks je. Interview untuk twinning program Royal College of Surgeon, Ireland dengan Penang Medical School. That time memang interviewer tu kata dia suka Fara, siap cakap I like your maturity, wah3. Bangga pulak. Dia tanya awak nak tak ni, kalau nak saya nak buat recommendation letter untuk awak. Fara cakap nak. Haha. Siapa taknak kan. 


Pastu lepas dah abes matriks Fara , satu petang tu ada seorang lelaki menghubungi Fara, "ni cik Farrah Hanim ke, awak ada apply apa2 untuk belajar oversea,tahniah awak dapat sambung study di Russia". Alhamdulillah, tak expect pon dapat yang ke Russia tu ingatkan dapat yang Ireland tu. Tapi tak pe lah sebab Fara jenis tak kisah pon belajar mana2. Pastu petang tu terus bagitau family abah terus bawak gi supermarket belanja makan anggur. Hihi cute kan. So Fara dapat tahu pergi russia ni before Fara dapat keputusan semester akhir matriks. Dah tercatat rezeki Fara kot. So bersyukur sangat2. Heee. Akhir kata kawan2 jangan lah anggap Spm tu segala2 nya dan penentu masa depan, sebab banyak sangat cara kalau nak berjaya. Jangan putus asa tau ! Chaiyok2. 

Tragedi Buah Epal

Hi kawan2, selamat petang dari bumi Soviet ni. Fara nak cerita sikit lah kejadian yang menimpa Fara tadi semasa Fara tengah membeli tomato and capsicum kat supermarket sebab nak masak nasi ayam. Alkisahnya, masa Fara tengah belek2 harga sayur tu, tiba2 pakcik kat sebelah yang tengah pilih buah epal tu tergolekkan sebiji epal, epal tu jatuh kat lantai betul2 dekat dengan Fara. So, Fara cuba la nak bantu dia kutip buah tu, tapi pada masa yang sama kat tangan Fara ada cermin mata Fara. Masa nak kutip buah tu, tiba2 spec tu macam nak terlucut pulak dari tangan Fara, so buah epal yang Fara dah berjaya kutip tu Fara terbaling semula ke lantai. Aduiiiiii!! Malunya. (Sambil taip sambil tergelak teringat pasal ni) Dah la agak ramai orang masa tu. Pakcik tu terus gosok2 lengan Fara dia cakap takpe2 sebab Fara cakap sorry kat dia. Memang malu betul masa tu, siap Fara tutup muka lagi dengan dua2 tangan. Hehehe. Apalah Fara ni kan. Kutip epal pun boleh terlepas. Pastu pakcik2 kat situ semua gelak tapi bukan mengejek la, diorang terhibur kot tengok aksi membaling epal yang Fara buat tu. Wuhooo. Tiba2 rasa macam clown pulak kat situ tadi. Tapi kalau jadi clown pun mungkin permaisuri clown sebab comel. Ahaks. 

Okay, moral of the story, masa beli barang tu cermin mata pakai la kat mata, dah tau mata tu rabun, takpun jangan la pegang apa2 kat tangan takut tercicir, kang tak pasal2 semua orang jadi badut macam Fara tadi. Pastu, siapa2 yang ada sikap clumsy macam Fara, korang tak keseorangan sebab hampir setiap hari ada je masalah2 macam gini yang terjadi kat Fara. Adui, camne nak ubah dah memang in blood agaknya. Hehe. Tapi lepas ni jangan pulak korang serik nak menolong orang, sebab niat yang baik tu dah cukup bagus. Orang yang ringan tulang biasa nya disenangi ramai, kalau yang berat tulang pula cuma disukai anjing sebab anjing kan suka makan tulang. (Booooooo, lame Fara)  Tiba2 teringat kat peribahasa seperti tikus membaiki labu, agak2 ada kaitan tak dengan kes Fara? Haha. Korang ada peristiwa2 memalukan macam Fara ni tak, kalau ada komen la ya, nanti boleh Fara baca. :) 

Kita Masih Beruntung


Hi, selamat petang dan salam hujung minggu semua. Fara percaya setiap orang mesti pernah mengalami fasa hidup yang mana kita rasa diri kita paling malang. Fasa di mana kita seolah-olah menyalahkan takdir dan ketentuan dari Dia. Kita suka buat perbandingan diri kita dengan orang2 terdekat yang kita nampak macam lagi best hidup dia dari kita. Kadang-kadang kita akan pencilkan diri kita sorang2 sebab rasa diri kita ni tak setanding orang lain, dan kita rasa kita punya masalah lah yang paling besar dalam dunia ni. Okay, perasaan tu memang normal dalam hati semua manusia, ya lah kita manusia, kadang2 kita kuat dan sering saja kita lemah. Lagi2 bila diuji dengan masalah yang kita tak dapat selesaikan dengan cara yang mudah, mulalah kita nak menyalahkan nasib. 

There's no such thing like 'nasib malang' atau 'nasib baik'. Semua berlaku dengan reason tersendiri yang mana cepat atau lambat je kita sedar impak dia. Itu saja bezanya. Jadi caranya untuk kita ubah sikap menyalahkan takdir ni adalah dengan tanam sikap bersyukur. Very simple word tapi makna dia dalam. Fara still ingat lecturer Fara pernah bagitau "Gratitude is the key". Bila Fara fikir2 balik kata2 dia, memang betul pun, apa saja yang berlaku pada kita setiap hari, mesti berbalik pada bersyukur atau tak bersyukurkah kita. Sebabnya bermula dengan sikap bersyukur ni lah baru kita jadi lebih ikhlas nak buat sesuatu pekerjaan, atau nak berbakti pada orang lain. Okay, contoh Fara bagi, agak cliche tapi senang korang nak faham. Kita sebagai rakyat Malaysia, jadi kalau kita ada rasa bersyukur dengan apa yang kita dah kecapi selepas kemerdekaan, dengan kemegahan menara pencakar langit, dengan keamanan dan keselesaan kita hidup tanpa ada gangguan orang luar dan sebagainya, dah tentu kita akan berusaha untuk kekalkan keindahan ni. Sebaliknya kalau kita seorang yang tak bersyukur, kita cuma tahu merungut walhal tak menyumbang apa2 pada negara. But sadly politik Malaysia sekarang pon tak berapa stabil dah kan?  Okay tu salah satu contoh lah, banyak lagi contoh lain dari aspek lain.

Selain itu kalau kita rasa macam nasib kita paling malang dan hidup kita paling susah, cuba kita compare diri kita dengan orang lagi susah dari kita. Jangan compare dengan orang lagi senang, diorang senang sebab diorang usaha, bukan sebab nasib diorang baik. Okay, Fara bagi contoh yang terjadi pada diri Fara sendiri, my parents divorce since I was 8 years old, almost 14 years ago lah kan. Fara boleh dikatakan memang tak rapat langsung dengan abah Fara, so selalu rasa macam tak cukup kasih sayang dari seorang bapa. Tapi bila Fara fikir balik, Fara lagi beruntung sebab parents Fara dua2 masih hidup masih sihat, masih hensem dan cantik, compare pulak dengan orang yang dah kematian ibu bapa. Diorang lagi lah sedih kan. Even ada yang tak pernah kenal mak ayah diorang sebab dah meninggal sejak diorang kecik. 

Lagi Fara nak tambah, kita manusia memang hidup ni berselang seli pahit manisnya. Ada masa Tuhan bagi kita rasa semua kemanisan, pastu sekelip mata je dia jatuhkan kita dan begitu juga sebaliknya. Jadi peringatan di sini kita jangan lah terlalu gembira atau sombong bila kita tengah senang, sebab semua tu boleh ditarik balik bila2 je kalau Dia nak. Dan kalau kita selalu susah pula, dari kecil tak pernah rasa hidup senang, jangan pula kita merungut atau berputus asa, taknak teruskan hidup, taknak berusaha, sebab yang manis tu akan kita temui jua nanti. Dan yang paling penting, kita guna kan lah akal kita dengan sebaiknya tak kira susah atau senang, jangan sebab terdesak kita buat benda2 tak sepatutnya, nanti bukan makin senang malah makin sesak. Huhu. Oh ya, antara tips yang Fara amalkan kalau tengah berduka adalah 
  • Tarik nafas dalam2, jangan terlalu overthinking, sebab boleh makan diri kita sendiri nanti
  • Seeloknya mandi kalau kita dah terlalu stress, tak pun tidur sebab bila minda kita penat memang kita cenderung nak fikir bukan2, padahal lepas dah mandi tu okay je kita buat keputusan
  • Kalau kita sedih, cakap macam ni kat diri sendiri "I'm just having a bad day, tomorrow I'll be better"
Okay, itu saja dari Fara, harap2 dapat melegakan hati kawan2 kalau tengah mengalami fasa pahit dalam hidup, sebab bukan anda saja yang bermasalah, tapi semua orang, even binatang pon ada masalah. Tak caya tengok video ni. Hehe. Tata