From UPSR to Doctor Of Medicine

Volgograd State Medical University

Hello, Assalamualaikum kawan2. Harap2 korang semua sihat lah ek. Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat. Fara pun tak berapa sihat sekarang, cuaca panas terik tak larat nak menahan, tambah lagi seminggu nak puasa harap2 semuanya berjalan lancar lah. Okay, kalau dari tajuk entri tu macam serius je entry Fara kan. Hehe. Sebenarnya ada beberapa blogger yang request untuk Fara ceritakan perjalanan study Fara, macam mana boleh tercampak kat bumi Russia ni. Ada yang cakap macam rare je pergi Russia, selalu orang study UK, Aussie tapi Fara ni ke Russia pulak, dah kenapa? Haha. Okay, entry ni bakal menjawab segala misteri2 yang menyelubungi fikiran anda. Gitewww. 

To be honest, I don't think I'm a genius girl pon, cerdik sikit2 tu ada lah. Hehe perasan. Okay, dulu sekolah rendah kat kampung je, tapi memang agak aktif jugak lah masa sekolah, selalu dapat no 1 lam kelas, and jadi tokoh pelajar dan ketua pengawas masa darjah 6. Alhamdulillah, UPSR pun Fara dapat 5A. Pastu tahun 2006 ( form1) dapat lah tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (sebut betul2 kang jadi berasmara pulak, haram tu) . Okay, sekolah Fara nama SM Sains D*ngun. Kat negeri Terengganu. Siapa boleh teka Fara bagi gula2. Okay, masa sekolah menengah seriously Fara ni cuma pelajar yang pasif, cuma aktif join Wind Orchestra je lah, tiup French Horn dari Form 1 sampai lah Form 5, pastu ada lah join drama omputeh, tu pun tak menang. Haha. Masa PMR tahun 2008 , Alhamdulillah dapat 8A. Pastu naik Form 4 Fara macam malas belajar sikit, sebab masa tu Fara macam ada masalah emosi sikit, sebab selalu kena ejek dengan kawan2 kelas, jadi Fara macam tak de keyakinan diri dan jadi tak suka sekolah. Tapi takde lah buat kes disiplin pon, just tak enjoy je kelas2 tu. Pastu masa Form 5, masa trial Fara dapat 5A kalau tak silap, dari tu Fara makin semangat nak belajar, siap terpilih join kem akademik di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu. Pastu, sampai lah SPM. 

Okay, sekarang Fara nak cerita the biggest secret of my life. *****drum roll + cymbal. Fara tak dapat straight A pon masa SPM. Sob2. Sedih kan? "Eh, tak straight A macam mana dapat sambung medic, tipu lah". Serius tak tipu. Actually Fara tak sambung study kat Russia exactly after SPM but Fara masuk matriks dulu setahun. ;) Tak tau lah kenapa Fara sangat redha dan cool dengan keputusan SPM masa tu dan memang dari zaman Form 5 lagi Fara aim nak masuk Matriks. Siap masa isi UPU tu memang Fara main isi je sebab Fara nak sangat2 masuk matriks. Mungkin Allah dah tetapkan jalan untuk Fara dan firasat Fara time tu memang betul dan membawa pada kejayaan jugak lah. So, tahun 2011 Fara daftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, di negeri poi pokan naik basikal tu. Program setahun je. Start masa kat Matriks la baru Fara shine bright like a diamond, Alhamdulillah, jadi pelajar paling aktif dalam kuliah, pastu skor markah tinggi2 masa test, maintain carry mark apa semua, pastu dapat lah pointer yang okay :) 

Okay, but mungkin kelebihan pada diri Fara sebab Fara anak jati Terengganu, kalau korang nak tahu setiap tahun memang Yayasan Terengganu akan bagi tajaan pada pelajar cemerlang untuk sambung study di oversea dalam perubatan. Course lain pun ada kot, macam Engineering. So, lepas dapat result sem 1 matriks (PSPM rasanya nak exam tu) Fara terus buka website yayasan dan memang kebetulan time tu memang dia buka biasiswa untuk lepasan matrikulasi/asasi dan lepasan SPM. Actually program ni Fara tau sebab ada senior zaman sekolah yang bagitau. Dia pun study medic under Yayasan tapi ke Mesir, Universiti apa Fara dah lupa. Hehe. Okay, so Fara mencuba nasib , main isi je time tu, walhal Fara tak pernah dreaming nak study medic pun, apatah lagi nak further oversea. Tau tak sebenarnya, sehinggalah sehari sebelum Fara isi borang tu Fara punya cita2 is nak jadi lecturer Biology, I love Biology damn much. And Fara isi jugak application sebagai lecturer Matrikulasi di UK, tapi takde rezeki pulak. Haha. Pastu Fara memang dapat pon offer degree Major in Biology dekat Uitm Jengka. 

Pastu nak dijadikan cerita yayasan panggil temuduga masa Fara betul2 nak exam akhir semester di matriks. Kecewa jugak time tu, Fara memang call direct Bahagian Tajaan Yayasan tu dan bagitau Fara takleh gi interview tu, pastu dia kata memang takleh lah dik nak postpone sebab takde panel interviewer. Auchh robek hatiku. Tapi Fara tak putus asa pun, Fara suruh family Fara buat surat dan pergi pejabat yayasan tu dan mintak dia buat second interview jugak. Haha. Nampak tak semangat tu. Pastu Alhamdulillah memang ada temuduga second tu dapat jugak Fara pergi. Mula2 ada IQ test pastu ada interview. Hahaa. Masa tu memang tak confident sangat pun sebab rasa macam tak cukup bagus je. Pastu surprisely ada interview kedua right after interview untuk sambung ke Russia tu. Interview kedua tu adalah khas untuk pelajar a level dan lepasan asasi matriks je. Interview untuk twinning program Royal College of Surgeon, Ireland dengan Penang Medical School. That time memang interviewer tu kata dia suka Fara, siap cakap I like your maturity, wah3. Bangga pulak. Dia tanya awak nak tak ni, kalau nak saya nak buat recommendation letter untuk awak. Fara cakap nak. Haha. Siapa taknak kan. 


Pastu lepas dah abes matriks Fara , satu petang tu ada seorang lelaki menghubungi Fara, "ni cik Farrah Hanim ke, awak ada apply apa2 untuk belajar oversea,tahniah awak dapat sambung study di Russia". Alhamdulillah, tak expect pon dapat yang ke Russia tu ingatkan dapat yang Ireland tu. Tapi tak pe lah sebab Fara jenis tak kisah pon belajar mana2. Pastu petang tu terus bagitau family abah terus bawak gi supermarket belanja makan anggur. Hihi cute kan. So Fara dapat tahu pergi russia ni before Fara dapat keputusan semester akhir matriks. Dah tercatat rezeki Fara kot. So bersyukur sangat2. Heee. Akhir kata kawan2 jangan lah anggap Spm tu segala2 nya dan penentu masa depan, sebab banyak sangat cara kalau nak berjaya. Jangan putus asa tau ! Chaiyok2. 

20 comments:

  1. uiyyoo hebat ah kak Faraaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aipppp.. takde la hebat biase2 je. Saje je kongsi pngalaman

      Delete
  2. Setuju dengan awak... kawan saya belajar setakat level UPSR je.... tapi dia berkepuk-kepuk... sekarang dia menjadi usahawan berjaya mengalahkan saya yang ada degree nie... hahahaha... so, degree tu bukan penentu segala-galanya... yang usaha dan usaha dan usaha... don't give up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, lagipun bila kita kat bawah ni kita lagi semangat nak naik dan berusaha untuk berjaya :) thanks

      Delete
  3. Alhamdulilah... anak yang bijak.. semoga berjaya dan terus berjaya... akak pun ada cita2 nak anak akak bijak mcm fara 1 hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) terima kasih akak.Semua tu pemberian dari dia . Amin, Semoga anak2 akak yang lahir cerdik2 dan pintar2

      Delete
  4. Seronok baca! All the best dear! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Syufaa. nanti fara go through entry blog Syufa plak :)

      Delete
  5. syoknya baca cerita ni ^^ naik semangat saya nak belajar :) .thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dik, tak sangka boleh bagi semangat kat adik. Goodluck tau!!

      Delete
  6. wah hebatnyaaaaaaa nak jugakkk:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, tak hebat mana pon dik. Boleh2. akak doakan adik berjaya ;)

      Delete
  7. teruja baca cerita adik fara ni..akak pon ada sorang adik yg bercita2 tinggi mcm fara..tetapi spm di dapat B+ utk subjek yg dia xsangka dapat B..bio fizik add math semua A+..dia pon cita2 nak ambik medik..tapi tak brjaya..sekarang baru lepas buat asasi UIA dan sambung ambik course Radiology di UIA kuantan..dah rezeki dia sampai ctu jer..ape2 pon take care ya sis fara..Good Luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Murni sudi baca kisah Fara :) Tak pe akak, semua course ada kepentingan tersendiri. Yang penting nanti dah kerja kita sama2 dapat bantu bangsa dan negara kita :) InshaAllah

      Delete
  8. auu fara. baru baca ha. tengah exam dan siapkan segala tesis dan segalanya. hee tq so much untuk tips-tips ini tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi syira, sama2. nanti share la dekat adik syira ya ;)

      Delete
  9. nice one :D sy ada anak sedara kat Moscow, Fara kat mana ea?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete