Turun 2kg Dalam Seminggu?

Hello semua. Tajuk entri kali ni sebenarnya tak berapa berkaitan dengan apa yang Fara nak ceritakan. Tapi memang betul2 berlaku pada Fara sejak minggu lepas. Bukan sebab diet ke apa. Cuma biasa lah dah ujung semester ni duit scholar pun dah abes, jadi kena ikat perut la. Semua nya sebab salah sendiri yang tak reti manage kewangan, dan sikap terlalu pemurah pada orang lain. Haha. 


Al kisahnya bila dah ikat perut ni, tak de stok barang dapur pun, yang ada cuma serbuk potato untuk buat mash potato, telur dan tauhu je. Ayam , ikan , sardin memang langsung tak de. Macam2 cara kreatif la Fara cuba masak untuk survive. Pergh, gila tak, daripada seorang yang selera makan selalu ada ni, terpaksa ikat perut. Memang naya kan? huhu...



Okay antara menu2 ciptaan Fara untuk survive adalah


  • mi+air+kicap+tauhu+garam+gula
  • tepung+air+garam, goreng dengan butter sebab minyak tak beli, makan dengan gula
  • mash potato goreng yang last2 jadi leper macam kertas pasir.. hihihi... 
Tapi, thank goodness ada rezeki hari ni, abang bagi duit belanja sikit, dapat la Fara beli barang dapur sikit. Menangis hari2 woiii... Sorry my dear sebab hari2 dengar kita merungut.. huhu..

Moral yang boleh diambil , belajar lah urus kewangan sebaik mungkin, cuba lah disiplin kan diri sikit Fara oiii... Dan ingat, bila kita susah takde siapa boleh tolong kita. Sekian.