Salahkah jadi Introvert?

Hi, selamat petang semua. Di Russia sekarang masih siang walaupun dah hampir pukul 7 malam. Sekarang musim bunga kat sini :) Well, nak cerita sikit pasal diri Fara yang sebenarnya seorang introvert (suka menyendiri, self-oriented person). Tadi dalam kelas Hygiene kitorang buat Psychology untuk tahu introvert atau extrovert seseorang tu. Fara memang dapat introvert. Memang nyata lagi terang pon. Hehe.

Fara memang jenis suka menyendiri, tak suka kuar rumah/bilik, tak suka jalan2, tak suka travel, tak suka orang bising2. Banyak lah benda yang Fara tak suka. Tapi, Fara tak membenci orang2 yang easy going aka extrovert malah rasa kagum, macam mana lah diorang boleh jadi sangat open, sangat easy going. Cuma kadang2  ada di kalangan orang yang tak memahami perbezaan orang lain, situasi macam ni memang tak patut ada lah. Ada orang suka Milo, ada yang suka Vico. Setiap orang berbeza kan?




Kadang2 orang tak faham kita, dia akan persoalkan kenapa kita macam ni, kenapa tak nak ikut diorang, diorang ingat kita sombong, diorang kata kita tak sporting, tak fun. Well, say what you want to say, I a'int gonna change myself for you guys. Hahah. Well, actually sebab dah memang diri ini sebegini, memang agak susah nak bergaul, tapi bila dah rapat dengan kawan2, mulalah jadi gila2. Okay, jadi kalau kamu2 seorang introvert seperti Fara, I feel you bro! Just be yourself, orang nak terima atau tak tu bukan masalah kita, itu masalah diorang, yang penting kita tak kacau orang, that's more important. Sekian dari privacy lover. hehe