Study Oversea Tak Best



Hi semua. Hari ni rasa macam super malas, even sekarang pun Fara belum mandi lagi, hehe. Tapi rajin pula nak menaip entri.  Entri kali ni Fara saja nak berkongsi suka duka sepanjang Fara study di bumi asing Russia ni. Fara percaya rata-rata orang akan cakap study luar ni seronok dan fun. Even Fara sendiri pun sebelum ditawarkan study kat sini, memang Fara bayangkan semuanya indah. Tapi sebenarnya lepas dah alami sendiri, dah datang sini, memang Fara kadang2 kalau ikutkan hati rasa nak give up je. Haih. Tapi dah 3 tahun berlalu, half way to go. Tinggal lagi baki 3 tahun untuk complete, so nak tak nak memang kena lalui dan habiskan jugak. 


1.First of all, Fara nak kawan2 semua ubah persepsi yang study di luar      negara ni fun dan lebih sosial. 

Mesti korang bayang kitorang bergaul mesra berparti dengan omputeh2 kat sini. Haha. Dalam mimpi la, sebab diorang punya lah sombong. Kalau nak tengok diorang tegur kita cuma pada hari2 diorang ada festival je, masa tu mood diorang happy kot. haha. Rasanya kat Malaysia lagi best , bebas berkawan, orang2 yang ramah mesra, kira senang la, budaya kita sama, kita senang nak faham antara satu sama lain. Kalau kat sini, buat salah sikit memang kena maki. Jadi memang kena kuatkan semangat sikit lah. 

2. Terpaksa jauh berbatu2 daripada orang2 tersayang.

Dulu zaman duduk sekolah asrama yang boleh dikatakan sebulan 2 kali balik rumah pun dah cukup rindu, hari2 call ibu gayut ngan ibu. Sekarang jarak yang beribu2 batu ni adui lagi la mencucuk2 rindu, tambah2 kalau dah ada pasangan, ada suami, atau ada anak2. Terpaksa berpisah jarak dan masa. Pastu, dengan masalah time zone tak sama lagi, macam Malaysia dengan Russia je beza 5 jam dah. Kita baru semangat nak online nak mesej, orang2 kat Malaysia dah dibuai mimpi. Jadilah kita pungguk rindukan bulan kat sini. Sob sob ;(

3. Bergantung pada orang2 yang latar belakang berbeza

Adat merantau, terpaksa  bergantung pada komuniti kecil. Kalau ada apa2 berita atau khabar, memang dapat daripada komuniti kat sini, ada masalah kecik nak tak nak kena share dengan kawan2 sekeliling. Tapi agak susah contohnya kita ada masalah kewangan tapi sekeliling kita adalah kawan dari keluarga senang. Kadang2 orang tak faham masalah kita, naya kalau dipandang sinis kan. Kalau duduk dekat dengan keluarga lain la, sebab kita membesar dalam environment yang sama. Jadi memang kena betul2 pandai pilih kawan dan jangan sampai tersalah cakap benda2 yang tak patut cakap, takut tak semua orang boleh terima.

4. Setiap gerak geri diperhatikan

Okay this thing paling stressful especially bagi Fara yang quite secretive and tak suka kalau orang amik tau apa yang Fara buat. Well, bila dalam komuniti kecil biasa lah, senang sangat orang nak tau apa yang kita buat, even kita nak kawan dengan siapa , kuar ngan siapa semua diorang boleh tahu, jadi memang agak stress la. Tambah2 komuniti girl yang suka cakap belakang, ouhhh bahaya sungguh. Tak faham la kenapa nosy sangat, chill la. Setiap manusia kan berbeza beb. 

5. Segala masalah2 perkauman

Okay, this thing memang sangat cliche dan tak perlu kot Fara nak ulas panjang2. Tambah2 lagi duduk di negara omputeh yang mostly pandang rendah pada Asian. Tak cerita lagi kisah Islamophobia dan segala perkara2 bias. Kadang2 bila nampak pakai tudung, pemandu bas tak nak amik, kadang2 sambil jalan kena kacau. 

Okay, tu saje lah perkongsian sedikit sebanyak. Tapi, Fara share bukan bermakna Fara tak bersyukur dengan apa yang Fara dapat, dan diakui memang banyak perkara2 manis dan peluang yang Fara dapat rasai di bumi asing ni. Cuma Fara nak berkongsi saje, mungkin ada kawan2 yang berminat untuk further study di luar negara, skurang2 nya Fara ada bagi gambaran sikit kan :) Sekian, terima kasih.