Pengalaman dan Tips Belajar di Matrikulasi


Hello, selamat petang semua. Dah minum petang ke belum? Fara kat sini baru pas makan tengahari, makan blinny salmon. :) Okay kali ni Fara nak kongsi pengalaman dan bagi tips sikit untuk adik2 lepasan SPM yang akan sambung pengajian ke peringkat tinggi khususnya ke Matrikulasi. Sebab sebelum Fara sambung degree ke Russia, Fara sebenarnya lepasan matrikulasi jugak tau :) Dulu Fara di Kolej Matrikulasi Negeri 9, di Kuala Pilah Sesi 2011-2012. Aliran Sains. Ada adik2 yang akan sambung ke sana tak? Hello junior!!! Heee. Masa zaman Fara dulu dia bahagikan aliran Sains pada 3 modul. 
  • Modul 1 pure science (Physics,chems, bio, maths) 
  • Modul 2 (physics,chem,maths,computer science)
  • Modul 3(Bio,chem,math,comp science)  
 Okay sekarang nak cerita pasal living style kat matriks. Matriks ni kiranya macam peralihan antara sekolah dengan universiti, macam hybrid la. Senang faham, kita study macam style uni tapi rules lebih kurang macam sekolah. Siap setiap 2 minggu ada perhimpunan lagi tau! Kita cuma dibenarkan outing hari Ahad saja kalau tak silap , tu pun kena pakai baju kurung dan pakaian casual bagi yang lelaki. Semua pelajar disediakan asrama, dulu di KMNS ada 3 blok A B C . Fara blok c. Blok c ni macam  blok kayangan la sebab kena naik bukit. Jauh jalan kalau nak g kelas. Tapi bab makan memang best la, lauk2 kat kafe semua sodap. Haha. First time sebenarnya Fara sampai negeri 9 dan memang pedas la makanan sana. Awal2 start study dalam 2 minggu tu memang ter ceri beri jugak lah. Haha. 

Bab study pulak, sillibus kat matriks memang laju la, kelas (tutorial)1 jam,  pastu kuliah . Dari 8 pagi sampai 5 petang. Selang2 camtu lah. Memang aktif la cara study kat situ. Tapi tak terasa sangat penatnya sebab seronok study kat matriks ni. Kira untung tau kalau dapat masuk matriks ni sebab jimat masa, setahun je , ada juga yang dua tahun, compare dengan kita amik diploma yang selalunya 3 tahun kan.  Okay, nak bagi tips study sikit lah dekat adik2 ya.

PALING penting sekali adik2 kena fokus dan take part dalam kuliah (lecture). Jadi yang paling aktif, lagi bagus. Salin semua lecture note yang lecturer bagi. Masa kat Matriks ni Fara yakin yang korang akan jadi sangat minat dan rajin untuk study, sebab lecturer memang sangat pandai mengajar, mudah faham setiap topik. Confirm korang question, kenapa lah dulu masa kat sekolah susah nak faham Photosynthesis/ Respiration ke apa2 proses lah yang pernah korang study. :) Sebab apa kena fokus dan aktif dalam kuliah, sebab kelas kita dari pagi sampai petang, mesti tak larat nak buat revision, jadi kalau dah faham dari kelas, memang senang la kat bilik tu memang tak payah study! Tapi kalau korang jenis rajin study, memang cun lah. 

Okay adik2, masa kat Matriks ni lah masa nya kena buat elok2, skor tinggi2 tau, sebab matriks ni tiket untuk sambung degree. So, kalau nak sambung course best2 yang korang minat (medic/pharmacy/nursing/engineering etc) memang kena skor tinggi tau.  Macam classmate Fara masa matriks dulu, lelaki lah, first sem dia dapat 3.8 tak silap, 2nd sem 4.0, so total dia dapat 3.9, rezeki dia dapat sambung medic di UMS. Rezeki sebab dia lelaki kot, tak banyak persaingan. Dan macam Fara pula, Alhamdulillah, dengan guna kan result exam Matriks semester satu Fara dapat tawaran Medic kat Russia ni under Tajaan Yayasan Terengganu. Jadi sebab tu lah adik2 kena fight time study ni. Kalau untuk aliran Akaun Fara tak berapa faham sikit lah tapinya lebih kurang sama je lah . Memang boleh apply kan tips yang Fara bagi tu. Hehe.

Oh ya, lupa nak bagitau, memang biasa nya kat kolej selalu ada masalah air, mungkin sebab blok Fara tu atas bukit, memang berbulan2 la takde air, terpaksa angkut dari tangki kat tingkat bawah tu. Panjang sebelah tangan angkut baldi.Haha. Yang lain2 memang takde masalah sangat kat sana. Akhir kata, good luck ya adik2 sekalian :)