Give And Take


Hello, salam hujung minggu pada semua kawan2. Diharap hujung minggu anda berkualiti :) Hari ni Fara nak bincang pasal topik "give and take" atau kalau kita translate dalam bahasa melayu "memberi dan menerima" Frasa yang sangat mudah disebut tetapi tak ramai yang faham erti dia. Give and take ni sebenarnya kunci sesuatu hubungan atau persahabatan. Kenapa Fara cakap kunci, sebab kalau takde give and take ni, satu hubungan dan persahabatan takkan kekal lama.Indahnya adat orang kita, dari kecil kita diajar peribahasa "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Yang membawa maksud, apabila orang memberi atau membuat kebaikan kepada kita, kita kena pandai berterima kasih. Dan cara berterima kasih tu bukan saja dengan mengucap terima kasih, malah ada banyak lagi bentuk yang boleh tunjukkan penghargaan kita pada diorang. Dalam perhubungan atau persahabatan, masing2 kena menjadi tangan yang menghulur, bukan hanya sekadar menerima. Fitrah manusia, ingin dihargai. Maka, setiap perbuatan baik yang orang buat, kita kena balas dengan perkara yang baik jugak. Memang kita tak disuruh berbuat baik semata2 untuk mendapatkan ganjaran, tapi sebagai orang yang menerima, kita kena balas kebaikan orang pada kita. Betul tak?

Dalam perhubungan,kita kena selalu menghargai pasangan kita, bila dia bantu kita buat sesuatu yang kita tak mampu, kita cuba balas pada dia benda yang kita mampu. Pastu biarlah perasaan tu dikongsi bersama, sayang tu biar lah bersambut. Jangan cuma sebelah pihak saja yang bersungguh2 sayang, tapi yang sebelah lagi cuma amik kesempatan. Kiranya takde give and take kalau macam tu, lama2 hubungan tu putus macam tu je. Dalam persahabatan pula, katakanlah kita duduk satu rumah atau satu bilik dengan kawan, sharing is caring tu perkara biasa. Kiranya kalau hari ni kawan kita masak untuk kita, esok kita pulak masak.  Pastu bila berlaku apa2 masalah pada kawan kita, hari ni kita tolong dia, esok dia tolong kita pulak. Benda ni kira common sense lah.Tapi rata2 kita termasuk Fara sendiri selalu tak beringat, sampai satu tahap kawan2 kita kecik hati dengan kita, pastu mula lah cakap2 belakang dan sebagainya. 

Okay, korang pernah tak ada kawan yang sangat pasif dalam komuniti kawan2, pasif yang bermaksud dia suka hidup dalam dunia dia je. Bila berlaku apa2, dia cenderung mengharap bantuan orang lain, dan dia takde balas pun perbuatan baik kawan2 dia. Huhu. Parah orang macam ni, kalau tak bendung dari sekarang, nanti terbawa2 sampai ke alam pekerjaan dan rumah tangga tau. Jadi kalau korang ada sikap macam ni please please please ubah dari sekarang, sebab effectnya mungkin sampai tua kamu tak ada pasangan dan sahabat yang kekal.Apa pendapat korang tentang topik ni, dan korang ada tak apa2 pengalaman dengan kawan atau pasangan yang tak tau memberi ni. Kongsi lah dengan Fara kat ruangan komen ya :) Terima kasih.