How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker


Hello. Hehe. Tajuk entry macam acah2 nak tulis English je kan. Dah abes sekolah ni memang grammar semua dah ke laut. Ye lah, sebab kurang praktis kan? Okay, tiba2 dapat ilham nak buat entry pasal ni sebab ada sorang adik ni komen kat entry Fara suruh ajar dia Bahasa Inggeris. First of all, Fara nak buat pengakuan yang Fara bukan seorang good speaker kalau nak berbahasa Inggeris, mesti fikir 2 3 saat baru boleh buat ayat. Fara percaya ramai yang sama macam Fara kan? ****High five sikit. Actually kita bukannya tak pandai, cuma tak yakin je. Dalam hati ni duk fikir mesti malu kalau tersalah cakap kan? Terutamanya orang2 belah pantai timur macam Fara ni, penggunaan bahasa Inggeris agak kurang, ya lah, balik umah duk kecek kelate or cakak ganu je. Pastu dari kecik, mak ayah kita takde pon cakap bahasa inggeris dengan kita kan. Hihi. Kalau tak setuju jangan marah ya, Fara cuma cakap pasal diri Fara je ni.

Okay, nak bukak story zaman sekolah sikit lah. Hehe. Fara boleh dikatakan agak pandai lah subjek English, Fara maintain score A atau B je masa exam, and infact Fara dapat A+ masa SPM dan masa Matriks Fara amik exam MUET, dapat Band 4 ;) Alhamdulillah. Tapi sejujurnya, kalau ajak bersembang English dengan Fara, Fara agak gugup lah, tak yakin diri sangat. So, pada adik2 yang akan exam tak kira lah, PT3 ke, SPM ke, MUET ke , adik2 takyah risau lah kalau tak reti speaking, yang penting adik2 kena ikut tips2 yang akan Sis Fara bagi ni. Ngeh3.

1. Kena suka/sayang/cinta subjek bahasa Inggeris

"Hek eleh Fara ni, apa punya tips lah kan". Haha, chill lah dulu, meh Fara huraikan point pertama ni. Okay, Fara percaya ramai antara student yang tak berapa suka belajar bahasa, ya lah, boring, mengantuk lah belajar 
Grammar , literature apa semua ni. Haippp. Tak kira, mengantuk ke bosan ke korang kena jugak suka subjek ni. Wajib! Memang subjek bahasa ni korang nampak remeh temeh je, macam kacang goreng, tapi sebenarnya kena ada bakat tau kalau nak kuasai bahasa. Sama juga kalau nak belajar bahasa2 asing lain, macam Arabic ke, Japanese ke, Russian ke. Korang kena ingat Bahasa Inggeris ni penting tau kalau nak survive mana2, sebab dia kan bahasa antarabangsa. Just bayangkan kalau adik2 tak nak suka subjek ni, satu hari tercampak kat negara omputeh, kan susah. 

2. Buat latihan Bahasa secara kerap ( Kena rajin) 

Kalau kawan2 nak tau, masa Fara nak belajar bahasa Russia dulu, Fara study paling kurang 5 jam sehari, repeat and repeat tulis huruf dia, perkataan dia dan sebagainya yang berkaitan dengan Russian. Jadi, kalau adik2 nak skor subjek bahasa ni, adik2 kena rajin lah, kena selalu menulis, selalu cari maksud perkataan, kalau boleh adik2 kena ada satu buku nota kecik untuk tulis perkataan2 baru, pastu ada masa adik2 baca balik perkataan tu dan hafal maksud dia. So, bila satu hari nanti ada orang speak guna perkataan tu, bila korang dengar at least kalau tak faham semua korang boleh relate dan teka apa maksud yang dia cuba sampaikan. 

3. Kuasai format exam (penting)

Okay, seingat Fara lah english paper SPM ada dua paper kan, satu essay writing, lagi satu ada literature dan rumusan kan. Okay first of all, nak cakap pasal paper yang kena tulis essay tu. Fara paling suka pilih yang macam buat cerita tu. Sebab dia lebih umum dan kita boleh buat apa saja tema yang kita suka. Untuk skor benda ni, adik2 kena jadi seorang yang kreatif, cerita tentang benda2 yang agak touching, pasal family, pasal sekolah, benda2 yang related dengan adik2 , tu lagi senang nak kembang kan isi cerita dia. Pastu tambahkan, ayat2 bombastik macam tagline2 iklan atau produk, so tujuan dia nak geletek hati pemeriksa la. Okay, kalau adik jenis yang suka fakta, sama jugak, kena jadi lebih kreatif la untuk hurai supaya pemeriksa kertas tu seronok baca essay adik2.

 Okay untuk next part, literature part, good news kepada orang yang malas membaca macam Fara, ngeh3, korang tak perlu pun habiskan buku novel yang dia bagi suruh baca tu (tapi kalau habis lagi bagus k), yang penting kena tahu sinopsis dan character dalam cerita tu. Kena selalu baca buku rujukan pasal sinopsis dia dan selalu dengar apa cikgu ajar pasal literature ni. Kena cuba jawab semua jenis soalan pasal novel tu, banyak praktis k. And next part, pasal buat rumusan, apa entah dalam bahasa Inggeris dia, Fara dah lupa, kiranya tak silap adik2 kena tulis tak lebih dari 130 perkataan kot,this part Fara paling tak suka sebab tak challenging, memang tak berapa pandai pun nak pendek2 kan ayat, tapi adik2 kena pandai2 cari point penting, dan just sambungkan je dengan koma. Haha. Kbye

4. Cuba ingat lagu2 omputeh yang korang selalu dengar

Tips ni kelakor sikit tapi actually sangat membantu kalau korang tengah buntu dan confuse dengan grammar ayat. Korang cuba la ingat lirik2 lagu omputeh, kan diorang guna grammar diorang, so dari situ korang boleh lah tulis dengan betul. Tak kira lah lagu Katy Perry ke Justin Bieber ke, semua boleh relate lah.

5. Kuasai basic rules of English Grammar

Hokey, sebagai last tips kot, adik2 kena kuasai basic rules Grammar okay, baru lah senang nak karang ayat tanpa salah. 




















Okay, akhir kata adik2 kena ada minat untuk belajar lah baru boleh cemerlang dalam peperiksaan. Post2 tentang study yang Fara tulis ni bukan tujuan nak menunjuk2, cuma nak bagi semangat kat adik2 dan berkongsi tips sebab Fara dah lalui zaman sekolah tu kiranya berkongsi pengalaman lah. hee. terima kasih baca