Entri Merapu Penuhi Newsfeed Facebook

Hi, Assalamualaikum, salam 2 Ramadhan kepada semua kawan-kawan Fara yang beragama Islam, sempat lagi Fara update blog sementara tunggu nak sahur. Hihi. Topik hari ni rasanya takde lah benda baru pun, cuma recently macam menjadi2 pulak semenjak Fara rajin scroll Facebook. Okay,Fara bukan jenis yang suka follow mana2 page sesuka hati, sebab memang buat semak dekat newsfeed. (sama lah kalau dengan blog, Fara tak berapa berkenan dengan sesetengah segmen yang suruh kita follow macam2 blog dan page, maaf ya) Sorry bahasa agak kasar. Sambung  balik kisah Facebook, kadang2 kalau kita nak bukak satu post yang di share tu terpaksa pulak kena like macam2 page kan? Selalunya Fara akan check kat senarai page yang Fara like pastu unlike balik semua. Haha. 

Okay, main point yang Fara nak sampaikan adalah sesetengah page yang kita like yang suka share entry2 yang tak berapa sesuai untuk tontonan umum. Okay, benda ni berlaku kat Fara, Fara minat sangat2 dengan Aaisyah Dhia Rana, anak Rozita Che Wan tu sebab comel nya ya ampun. So, Fara follow la page dia, tapi yang banyak bukan nya gambar baby, tapi post2 atau share2 artikel dari blog2 yang merapu. Rata2 entry tu memang 18sx la, tak perlu Fara mention kat sini rasanya semua orang faham kot. Okay, faham la, yang kendalikan blog tu memang lah admin dia, bukan baby tu sendiri, tapi jaga lah perasaan peminat2, fikir before nak share any artikel, kalau boleh biar berkaitan dengan page la. Kesian pulak page baby comel tapi share entry2 luc**. Sakit hati Fara. Fara ni bukan lah baik sangat, tapi orang kata kita biar lah ada adab sikit hidup, barulah hidup bahagia, haha pandai2 buat peribahasa sendiri. 

Biar dituduh tak sporting daripada kita mencemarkan minda dengan entry macam gitu. Lagipun please ingat yang pengguna Facebook bukan hanya dalam golongan dewasa, budak2 pon ada, remaja yang baru nak kenal dunia. Kalau diorang terikut2 dengan apa yang kita share tu nak salahkan siapa? "Ada akal fikir sendiri lah mana baik buruk" . Oh, kalau dah tau benda tu buruk kenapa kau pergi share. Hehe, apehal Fara emosi ni???? Geram, sebab kita dah minat baby tu tapi tak dapat tengok gambar2 dia, yang dipost cuma entry2 tak senonoh mau tak sakit hati kan? Rata2 admin page atau pemilik blog ni terlalu taksub mengejar bilangan like dan nak naikkan trafik blog lah Fara rasa, sampaikan kena post benda2 mengarut untuk tarik perhatian ramai, kadang2 tu sengaja letak tajuk entry yang kontroversi sebab nak tarik perhatian sedangkan isi tu macam 360 darjah lain daripada tajuk. Okay, akhir sekali kalau dikalangan reader entry ni yang merupakan admin mana2 page, please please and please tapis korang punya entry yang nak dishare kalau taknak kena marah2. Okay, sorry lah dah marah2  kat blog pagi2 buta ni, garang kan Fara? Haha. Tata semua :)