Seminggu lagi uolls!

Hi, Assalamualaikum semua. Lama tak update blog Fara ni, maklum lah busy final exam. Hehe. Tadi dah abes satu paper, Alhamdulillah semua berjalan lancar je, tinggal lagi 2 papers, nak kena buat betul2. Doakan Fara selalu ya? :) Okay, actually memang jasad Fara je still ada kat negara asing ni, roh dah lama balik Malaysia. Seriously, mata ni asyik terbayang2 jalan raya kat Malaysia, bayang semua benda yang ada kat sana. Aduhai, memang seksa dalam menuntut ilmu ni kan. Tapi still syukur sebab raya pertama masih boleh beraya di kampung halaman. 

Kadang2 rasa tak percaya je Fara sekarang jauh beribu2 batu dari family, dari tanah air. Memang stress kalau fikir, jam tu nak kena study untuk final, jam tu nak puasa, pastu perasaan rindu lagi. Bercampur baur semua. Hopefully, everything's going well. Fara serius dah lembik gila, duk mengadap buku, duduk atas kerusi study yang 100% kayu tu, sakit gila montot. Haha. Jadi lastly, pada adik2 mana yang teringin nak belajar jauh2, silalah pikir dua puluh ratus kali dulu ya. Kalau tak jadi macam akak Fara ni lah. Nak nangis pun tak guna, nak tak nak kena telan jugak, semua untuk masa depan kita juga ye dak. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada Fara ya. Appreciate much!

Tak sabar nak jumpa anak buah Fara yang dua orang ni. Cuma gambar, video dan voice note kat Whatsapp jadi pengubat rindu. Diorang dah la kuat berceloteh. Meh dengar. Video ni masa dekat KLIA, family Fara anta Fara kat airport.