Malwarebytes The Best Anti-Malware

Hello, Assalamualaikum. Baru-baru ni Fara ada cuba download minus one lagu raya, tiba2 dia download sekali macam2 unwanted apps. Walaupun Fara dah buat "add or remove program" tu beberapa kali tapi apps tu still tiba2 akan terinstall sendiri. Jadi Fara suspek mesti ada telur atau sarang dia kat mana2 folder. Fara cuba cari2 sendiri, try delete folder2 yang nampak macam berkaitan dekat System Reserved (C:) but still apps pelik2 tu akan automatically installed. Bengang. So, tadi Fara cuba tengok kat Youtube cara nak remove benda2 alah macam virus bongoks ni. So, mat saleh tu ajar lah suruh download satu apps nama dia MALWAREBYTES (https://www.malwarebytes.org/) .

 Aplikasi Malwarebytes ni ada dua version, trial dengan premium, of course la kita klik yang trial tu kan. Hehe. Barang free siapa tak suka **sengih2 miang.  Hehe.
Okay so Fara nak tunjuk camne nak download dan guna apps ni.  Kalau ikut video youtube tu dia suruh bukak http://gamesoutthewazoo.com/ dulu pastu baru cari link untuk download Malwarebytes ni, untuk jimatkan masa bukak terus je link  https://www.malwarebytes.org/ tu alang2 dah tau kan. 


1. Bila dah klik https://www.malwarebytes.org/ korang akan jumpa interface macam ni lah, just tekan  download free version tu. 
 

2. Nanti lepas dah run dan install, korang tekan laa accept ke apa bla3 sampai lah korang dapat bukak apps dia. Kat situ nanti dia akan suruh kita update apps ni, nanti korang leh lah update, sekejap je proses update tu. Lepas dah update dah boleh tekan butang scan. Scan ni memang take time sangat, macam Fara tadi almost 40 minit baru complete semua scan, so pastikan korang ada bateri la masa nak scan laptop korang k. Sambil2 scan tu kita boleh tengok folder apa yang sebenarnya infected. Tengok macam Fara ni, patut lah teruk sangat rasa laptop ni, walaupun laju tapi infected files sampai 1000 lebih. >__<


3. Dah siap scan dia bagi list infected files sekali dengan dia punya problem dan location, mostly memang potentially unwanted program, tapi Fara memang nak get rid semua, buang semua. Hehe.  So tekan je remove selected tu. 



4. Tekan kat tab Quarantine tu korang akan jumpa balik list-list tadi, dan boleh pilih2 mana yang korang nak delete atau nak restore. Fara yang gelojoh ni terus tekan delete all je. Hehe. Dalam masa 2 saat je semua tu dah hilang.


5. Lepas dah settle delete semua unwanted files or program tu, akan kuar pop up suruh restart laptop, so just klik yes and laptop kita akan direstart. Itu saja. 

Happy sangat dapat buang semua virus-virus benci tu. Harap2 dia tak timbul balik la nanti. Korang should try tau, sebab kita kan selalu guna internet, selalu download macam2 lagu la , video la, memang senang sangat virus nak melekat dalam laptop. Lagi satu best sebab apps ni free, ringan dan easy to use.