Orang Dewasa Sebagai Role Model Kanak-Kanak


Cewah, topik parenting pulak Fara nak update harini. Macam lah pernah ada experience jadi parent pun. Hihi. Actually walapun belum jadi ibu tapi dah lebih 7 tahun jadi seorang ibu saudara, jadi banyak jugak benda Fara pelajari, dari bab fizikal sampailah bab emosi kanak2.

 Kanak2 ni ibarat kain putih, kita sebagai penjaga diorang lah yang jadi tukang lukis corak pada kain tu. Kalau tengok mostly budak2 kecik sekarang mesti gila gadget, setakat nak bukak youtube tu apa lah sangat, kacang je bagi diorang, any games pun diorang pandai download sendiri. Tapi kita nak salahkan pada siapa kalau bukan diri kita, santai2 atas kerusi kita mesti duk main phone, scroll timeline Facebook la, Whatsapp la, jadi kanak2 pon sama terikut. 

Pastu semalam lawak sikit, pagi tu Fara mandi dalam pukul 8, tapi tak cuci rambut. Bila anak buah Fara yang 7 tahun tu wake up dia tengok Fara macam nak kuar, sebab dah pakai baju cantik2, tapi rambut dengan muka macam tak mandi. Dia tanya lah, teh dah mandi ke belum kenapa rambut macam tak cantik je. Fara cakap lah dah mandi, pastu dia mungkin confuse ingat Fara betul2 tak mandi kot, pastu dia punya lah ikut, sampai ke maghrib dia taknak mandi, last2 Fara paksa jugak dia mandi, and dia just mandi badan je. Dia kata nak buat macam makteh jugak. Adehhh. 

Jadi nak suruh dia wangi punya pasal, Fara terpaksa mandi malam tu cuci rambut syampu2 bagai, pastu tunjuk kat dia. Pastu baru lah dia mandi rambut dan syampu jugak. Kelakar pulak kalau teringat. Jadi moralnya, setiap apa yang kita buat, budak2 memang akan ikut, especially kalau diorang sayangkan kita. Jadi kita kena buat benda2 baik kalau nak diorang pun jadi baik. :)


Ni haa si kecik yang nak tiru makteh tak mandi rambut. Huhu. Tadi dia ada jamuan raya kat sekolah, malam tadi makteh dah tolong buatkan puding karamel tapi tunjuk kat dia tadi dia kata macam tak sedap je kuih tu. So ibu dia buatkan kek coklat. Tapi bila bawak kawan2 pulak duk buli , dicampaknya bekal kek tu ke lantai. Aduhai. Sedih nya. Siapa lah mak ayah budak yang membuli tu, baru darjah 1 dah gengster. Siap dia, minggu depan Fara nak serang dia kat sekolah. Confirm nangis. Muahaha.