Jom Review Blog: Edisi Kedua

Hi, untuk segmen review blog edisi kedua ni, Fara akan review another 5 blogs. Seperti yang Fara mention kat entry review blog edisi pertama sebelum ni, semua blog ni adalah blog yang dah join segmen Fara sebelum ni yang baru je tamat 10 Ogos yang lalu. So, tanpa melengahkan masa, Fara mulakan ya.


Dengan design blog bertemakan 3 warna iaitu kelabu, hitam dan putih, Fara dapat rasakan owner blog yang dikenali sebagai Orang Lidi ni mempunyai citarasa dan minat yang agak berbeza dari orang lain. Ala2 misteri gitu. Cantik pulak tu design dia. Teringin nak jadi kreatif macam beliau. Pastu bila Fara selidik2 kat ruangan "Siapa Saya?" kat blog ni, Orang Lidi tak bagitau pun jantina dia lelaki ataupun perempuan, tapi naluri Fara berat mengatakan beliau adalah seorang lelaki. Cewah. Mungkin sebab design blog nya kot yang obvious nampak dia macam lelaki. Arghh, tak kira lah, lelaki ke perempuan ke, korang tetap kena tinjau2 blog dia okay? Hihih. Pastu beliau sempat tulis yang beliau nak jadi pendakwah blogger, kita doakan untuk beliau supaya berjaya capai apa yang beliau impi kan tu ya. Pastu Orang Lidi ada jugak mention blog2 dakwah yang best2, korang pergi lah tengok blog mana yang dimaksudkan tu. 


Blog yang kedua ni pulak milik seorang jejaka yang dikenali sebagai Ejoy. Antara blogger yang mengutarakan isu2 semasa dengan menggunakan penulisan yang sangat hebat susunkatanya. Memang semua entri ditulis dengan ayat2 yang sangat tersusun, profesional, formal dan teratur. Entry2 yang menengahkan isu2 semasa, tips2 menjadi penulis yang baik dan pelbagai lagi tips2 berguna yang korang semua boleh baca dan pelajari. Serius tak rugi kalau klik blog Cerita Ejoy ni. Design blog pulak yang sangat kemas dan simple buatkan korang rasa tenang nak baca setiap entry dia yang menarik tu. Jangan lupa klik ya? 


Blog ini dikenali sebagai Yumida dan memang dah well-known kot dalam kalangan blogger. Fara nampak follower pon memang ramai dah 4000 lebih. Penulis blog ni memang sangat versatil sebab entry2 yang ditulis tu memang merangkumi pelbagai aspek, ada kisah tentang dunia hiburan, tips2 harian seperti tips nak balik kampung, tips nak mengundi di Kilauan Emas dan sebagainya. Menarik bukan?  Korang boleh tengok sendiri entry2 blog ni yang memang macam variety bucket tu okay. Pastu dalam blog ni, owner ada tulis semua lama sosial yang korang boleh add, follow atau keep in touch dengan beliau. Jangan lupa klik tau ;) 


Blog yang diberi nama Skuterlady ni adalah milik seorang kakak cantik. Berdasarkan profil dia, Fara dapat tahu kakak skuterlady ni dah ada 3 orang putera comel. Alhamdulillah ya kakak. Sebuah blog personal yang penuh dengan informasi, header nya pon cantik sangat. Kakak skuterlady ni ada buat satu page khas untuk gambar2 yang beliau dah snap sepanjang travel dan semasa ada event yang best tau, nanti masa korang klik link blog skuterlady ni korang boleh lah tengok tempat mana yang kakak skuterlady dah pergi. Best sangat2 kan? Di samping dapat berkenalan dengan owner blog ni, korang boleh mengenali tempat2 best dan belum pernah kita lawati kat negara ni. Jangan lepaskan peluang klik tau. 


Dari url blog pun dah boleh tau sikit intro tentang owner blog kan. Blog ni memang cantik sangat dengan design wallpaper yang purple grid tu, header yang cute mute buatkan kita semua rasa tak sabar nak baca entry dia kan? Hihi. So, ni adalah personal blog yang dimiliki oleh owner yang dikenali sebagai Syasya. Pssssss. Kat header tu very informative plak, ada translation hello dalam beberapa bahasa. Boleh la feeling2 jadi polyglot. Hehe. Thanks Syasya. Wah, Syasya ni sangat rajin join GA blog rupanya, korang kalau nak buat segmen apa2 jangan lupa invite owner ni tau. Pastu entry dalam blog ni ada banyak info pasal kesihatan tau, pasal masalah wanita dan sebagainya. Very nice one! Korang kalau nak tengok semua entry Syasya dah tulis ni, jangan lupa klik laju2 okay.