Perempuan Perlu Proaktif Dalam Merancang Perkahwinan

Hi Assalamualaikum para pembaca. First of all Fara nak mintak maaf banyak2 sebab dah menyepi lebih 4 bulan dari blog ni. Serius Fara memang busy sangat semester lepas, sebab exam untum 5 subject yang sangat tough for preclinical year untuk medical school. Tapi Alhamdulillah dah selamat menduduki semua exam dan lulus dengan jayanya. :) Terima kasih kat kawan2 yang still baca blog fara walaupun fara busy tak dapat nak blogwalking kat blog kawan2. But sooner I will visit you guys back k. 

So, terasa nak update hari ni sebab nak bincang satu isu yang related dengan orang2 sebaya dengan fara yang rata2 nya dah mulai mencari pasangan hidup dan bersedia nak berumahtangga. So fara nak kupaskan tentang kepentingan si gadis untuk bersikap lebih proaktif dalam hubungan dua hala ni. Kenapa dua hala Fara kata,sebab perkahwinan adalah penyatuan antara dua hati dan dua keluarga. 

Isu stereotype dalam kalangan masyarakat kita, tak lain tak bukan, mentaliti 'wedding of the year' yang saban hari memang semakin teruk. Keluarga yang pentingkan glamour semasa majlis perkahwinan tanpa fikirkan kesan jangka masa panjang perkahwinan anak2. See, benda ni jadi isu kalau yang empunya majlis tu bukan dalam golongan yang berkemampuan la. Kalau anak raja nak buat majlis gempak siapa kisah pun kan. Tapi kalau sampai berhutang ribu riban, membazir lagi rasanya memang tak patut kot. So, penting di sini si gadis kena bijak bincang dengan mak ayah dia, jangan terlalu bebankan pihak lelaki dek kerana glamour satu hari. 

Another situation is bila keluarga kita tak boleh terima pasangan kita kerana perbezaan taraf pendidikan atau harta. Si lelaki takde PhD so tak boleh kawin dengan girl yang ada PhD, anak dato kawin sama anak dato, doktor kawin doktor, orang negeri Kelantan tak boleh kawin orang KL. Okay tu cuma contoh lah, but mostly memang wujud pun.

 Understandable kalau kita as anak, kita taknak derhaka pada parents kita,taknak lawan cakap diorang or hampakan diorang so kita terima bulat2 apa yang mereka cadangkan. Tapi sebenarnya kita boleh bertegas untuk menegakkan apa yang kita suka, tegas tak bermakna kita tak taat. Tegas means kita nyatakan terang2 apa yang kita nak, lelaki macam mana yang serasi dengan diri kita. Parents memang nak kan yang terbaik untuk kita, tapi yakinkan diorang yang kita boleh hidup lebih bahagia dengan orang yang kita sendiri pilih. 

Fara tulis ni pun sebab benda ni berlaku among keluarga Fara jugak, and berlaku pada diri fara sendiri. So fara harap lebih ramai girl yang sedar tentang tanggungjawab diorang dalam hubungan, bukan hanya mengharap lelaki untuk memulakan langkah dalam semua benda. Kadang2 benda kecil kalau diubah akan bagi impak yang besar dalam hidup. Jangan jadikan usia 20an sebagai alasan untuk tidak bersikap matang. Sekian. 

5 comments:

  1. Setuju sangat dengan Fara :)
    Seelok-eloknya zaman sekarang ni, untuk majlis perkahwinan semua tu, kita buat sederhana je. Sekarang memang kena berjimat, sebab ekonomi negara sudah semakin teruk. Dan ye, memang kita kena tegas bab memilih pasangan hidup ni. Sebab kita yang lebih kenal dengan pasangan yang kita pilih. Lagipun, kita yang nak kahwin kan? Memang kita kena berbincang dengan parents dan yakinkan pada mereka yang kita boleh hidup bahagia dengan pasangan yang kita pilih :)

    ReplyDelete
  2. Good entry... Saya setuju dengan pendapat awak... Dalam isu perbezaan taraf, ada betulnya juga untuk mendapatkan pasangan sama taraf. Bukan untuk menimbulkan isu double standard, tapi kebanyakkan kes penceraian berlaku di sebabkan isu-isu kecil seperti suami berpendapatan rendah... Isu-isu macam nie selalunya timbul di kemudian hari... Sebab itu, dalam Islam pun ada menyarankan untuk mencari pasangan yang sama taraf. Apa pun penting untuk mencari pasangan yang berfikiran positif dan selalu berfikir untuk meningkatkan kualiti diri. Ini cuma pandangan saya saja...

    ReplyDelete
  3. una setuju sangat fara.. dulu hubungan una dengan bf pun ditentang habis habisan. tapi tak pernah putus asa la. lelaki pun kena tunjuk effort. walaupun bukan berasal dari golongan kaya tapi kalau rajin, baik mesti parents terima akhirnya :)

    ReplyDelete
  4. Dalam hubungan semestinya kedua belah pihak kena paham kedudukan kewangan masing-masing, perlu pikir jangka masa panjang yang mana depan hari kelas pasangan pengantin yang akan meneruskan hidup dengan bebanan yang ditanggung semasa majlis bajet wedding of the year tu. Betol apa yang Farah tulis, ibubapa sepatutnya tak perlu ikut campur dalam urusan majlis kalau yer pun nak bagi cadangan dan pendapat biarlah berpada jgn smpai offended. Kesian tau. ebenarnya nikah sanding ni tak semstinya kena nampak mewah walhal end up bercerai jugak, dahla tanggung hutang tanggung plak malu bila org /ahli keluarga mula mengata. majlis beria tapi cerai.. mulut manusia kan.. ehhh.. terpanjang lak komen, maklum lah farah, lama nau sy tggu awak update harini akhirnya farah ada gak buat entry untuk cuci mata dan minda saya. welcome back.

    ReplyDelete
  5. for me, it depend on how u manage your money and saving. Kalau pandai manage your financial, tak ada masalah semua tu.. even artis pun lebih besar wedding tapi kekadang x sampai ke mana pun perginya.. tup2 jodoh pon innalillah.. mati ditengah jalan.

    ReplyDelete