Perempuan Perlu Proaktif Dalam Merancang Perkahwinan

Hi Assalamualaikum para pembaca. First of all Fara nak mintak maaf banyak2 sebab dah menyepi lebih 4 bulan dari blog ni. Serius Fara memang busy sangat semester lepas, sebab exam untum 5 subject yang sangat tough for preclinical year untuk medical school. Tapi Alhamdulillah dah selamat menduduki semua exam dan lulus dengan jayanya. :) Terima kasih kat kawan2 yang still baca blog fara walaupun fara busy tak dapat nak blogwalking kat blog kawan2. But sooner I will visit you guys back k. 

So, terasa nak update hari ni sebab nak bincang satu isu yang related dengan orang2 sebaya dengan fara yang rata2 nya dah mulai mencari pasangan hidup dan bersedia nak berumahtangga. So fara nak kupaskan tentang kepentingan si gadis untuk bersikap lebih proaktif dalam hubungan dua hala ni. Kenapa dua hala Fara kata,sebab perkahwinan adalah penyatuan antara dua hati dan dua keluarga. 

Isu stereotype dalam kalangan masyarakat kita, tak lain tak bukan, mentaliti 'wedding of the year' yang saban hari memang semakin teruk. Keluarga yang pentingkan glamour semasa majlis perkahwinan tanpa fikirkan kesan jangka masa panjang perkahwinan anak2. See, benda ni jadi isu kalau yang empunya majlis tu bukan dalam golongan yang berkemampuan la. Kalau anak raja nak buat majlis gempak siapa kisah pun kan. Tapi kalau sampai berhutang ribu riban, membazir lagi rasanya memang tak patut kot. So, penting di sini si gadis kena bijak bincang dengan mak ayah dia, jangan terlalu bebankan pihak lelaki dek kerana glamour satu hari. 

Another situation is bila keluarga kita tak boleh terima pasangan kita kerana perbezaan taraf pendidikan atau harta. Si lelaki takde PhD so tak boleh kawin dengan girl yang ada PhD, anak dato kawin sama anak dato, doktor kawin doktor, orang negeri Kelantan tak boleh kawin orang KL. Okay tu cuma contoh lah, but mostly memang wujud pun.

 Understandable kalau kita as anak, kita taknak derhaka pada parents kita,taknak lawan cakap diorang or hampakan diorang so kita terima bulat2 apa yang mereka cadangkan. Tapi sebenarnya kita boleh bertegas untuk menegakkan apa yang kita suka, tegas tak bermakna kita tak taat. Tegas means kita nyatakan terang2 apa yang kita nak, lelaki macam mana yang serasi dengan diri kita. Parents memang nak kan yang terbaik untuk kita, tapi yakinkan diorang yang kita boleh hidup lebih bahagia dengan orang yang kita sendiri pilih. 

Fara tulis ni pun sebab benda ni berlaku among keluarga Fara jugak, and berlaku pada diri fara sendiri. So fara harap lebih ramai girl yang sedar tentang tanggungjawab diorang dalam hubungan, bukan hanya mengharap lelaki untuk memulakan langkah dalam semua benda. Kadang2 benda kecil kalau diubah akan bagi impak yang besar dalam hidup. Jangan jadikan usia 20an sebagai alasan untuk tidak bersikap matang. Sekian.