Bagaimana nak Serlahkan Potensi

Hi everyone, despite of having such a bad day hari ni , Fara nak berkongsi sikit lah tentang pengalaman Fara sejak zaman sekolah sampai sekarang. Seriously kalau korang tengok Fara depan2, or dalam gambar ke, or dalam blog ke korang akan cakap Fara ni seorang yang confident. Hehe, sebenarnya Fara ni selalu insecure dan rasa rendah diri. Fara selalu rasa Fara banyak kekurangan, even ada orang puji for something ke Fara still rasa tak percaya. 

Okay, sebenarnya apa yang Fara nak sampaikan adalah, kita takkan pernah tau keupayaan, talent dan kelebihan kita, tapi benda tu akan slow2 terbentuk, and satu hari nanti kita akan rasa syukur sebab dikurniakan anugerah tu. Okay lah, bagi contoh la, Fara seorang yang sangat minat menyanyi, sejak zaman primary school memang cikgu pilih jadi solo for school performances, penyair la, penyajak la, dikir barat la. Tapi bila masuk sekolah menengah terus terang Fara cakap, Fara tak pernah ada peluang nak serlahkan bakat dan potensi diri Fara sampai kan Fara rasa benci secondary school Fara tu. Frankly speaking, segala aktiviti dan jawatan2 kat sekolah akan dimonopoli kan oleh orang2 yang sama, dia lah prefect, dia koopian, dia badar, dia lah ajk majalah sekolah. Pastu bila ada persembahan sekolah memang orang yang sama jugak dipilih, golongan yang pemalu dan tak femez macam Fara ni memang tak pernah diberi peluang untuk involve. 

By time, bila Fara dah makin dewasa ni, Fara dikelilingi oleh kawan2 yang sangat supportive, even Fara tak nampak talent Fara but most of them akan sentiasa bagitau something good iaitu puji2 Fara la. Haha. Bukan nak cakap suka dipuji, tapi terasa macam dihargai gitu. Bukan hanya tentang menyanyi lah, sama jugak dengan bab pelajaran, Fara masa secondary school bukannya bright student sangat, study boarding school tapi duk kelas paling hujung. Lol. Pastu ada cikgu yang Fara rasa macam tak suka Fara tanpa sebab, paling tak boleh lupa bila disuruh berdiri atas meja masa kelas Bahasa Arab, time tu dah form 4. Tak dapat jawab soalan dia, terus kena diri atas meja, dah la sorang je girl time tu. Sebab dalam kelas tu cuma Fara sorang je student dari kelas last, yang lain2 semua budak2 kelas atas so my teachers seems biased la. Haha, sorry ustazah, I still dendam dengan u. :P 

But, tiba2 tak sangka boleh further study luar negara buat medic pulak, Okay, serius, achievement ni bukan untuk Fara bangga kan sebab fara tak rasa pun Fara hebat ke apa. Cuma rasa macam happy sebab walaupun pernah kena gelak ngan cikgu sebab Fara turun kelas masa form 5, but fara still boleh tingkatkan diri Fara. As long as korang usaha, nasib korang boleh berubah, tak kisah lah dari level/ usia mana korang nak mulakan. It's your life, you're the king, you're the ruler. Never let others convince you that you aren't worthy. :)