Jom Review Blog: Edisi Kedua

Hi, untuk segmen review blog edisi kedua ni, Fara akan review another 5 blogs. Seperti yang Fara mention kat entry review blog edisi pertama sebelum ni, semua blog ni adalah blog yang dah join segmen Fara sebelum ni yang baru je tamat 10 Ogos yang lalu. So, tanpa melengahkan masa, Fara mulakan ya.


Dengan design blog bertemakan 3 warna iaitu kelabu, hitam dan putih, Fara dapat rasakan owner blog yang dikenali sebagai Orang Lidi ni mempunyai citarasa dan minat yang agak berbeza dari orang lain. Ala2 misteri gitu. Cantik pulak tu design dia. Teringin nak jadi kreatif macam beliau. Pastu bila Fara selidik2 kat ruangan "Siapa Saya?" kat blog ni, Orang Lidi tak bagitau pun jantina dia lelaki ataupun perempuan, tapi naluri Fara berat mengatakan beliau adalah seorang lelaki. Cewah. Mungkin sebab design blog nya kot yang obvious nampak dia macam lelaki. Arghh, tak kira lah, lelaki ke perempuan ke, korang tetap kena tinjau2 blog dia okay? Hihih. Pastu beliau sempat tulis yang beliau nak jadi pendakwah blogger, kita doakan untuk beliau supaya berjaya capai apa yang beliau impi kan tu ya. Pastu Orang Lidi ada jugak mention blog2 dakwah yang best2, korang pergi lah tengok blog mana yang dimaksudkan tu. 


Blog yang kedua ni pulak milik seorang jejaka yang dikenali sebagai Ejoy. Antara blogger yang mengutarakan isu2 semasa dengan menggunakan penulisan yang sangat hebat susunkatanya. Memang semua entri ditulis dengan ayat2 yang sangat tersusun, profesional, formal dan teratur. Entry2 yang menengahkan isu2 semasa, tips2 menjadi penulis yang baik dan pelbagai lagi tips2 berguna yang korang semua boleh baca dan pelajari. Serius tak rugi kalau klik blog Cerita Ejoy ni. Design blog pulak yang sangat kemas dan simple buatkan korang rasa tenang nak baca setiap entry dia yang menarik tu. Jangan lupa klik ya? 


Blog ini dikenali sebagai Yumida dan memang dah well-known kot dalam kalangan blogger. Fara nampak follower pon memang ramai dah 4000 lebih. Penulis blog ni memang sangat versatil sebab entry2 yang ditulis tu memang merangkumi pelbagai aspek, ada kisah tentang dunia hiburan, tips2 harian seperti tips nak balik kampung, tips nak mengundi di Kilauan Emas dan sebagainya. Menarik bukan?  Korang boleh tengok sendiri entry2 blog ni yang memang macam variety bucket tu okay. Pastu dalam blog ni, owner ada tulis semua lama sosial yang korang boleh add, follow atau keep in touch dengan beliau. Jangan lupa klik tau ;) 


Blog yang diberi nama Skuterlady ni adalah milik seorang kakak cantik. Berdasarkan profil dia, Fara dapat tahu kakak skuterlady ni dah ada 3 orang putera comel. Alhamdulillah ya kakak. Sebuah blog personal yang penuh dengan informasi, header nya pon cantik sangat. Kakak skuterlady ni ada buat satu page khas untuk gambar2 yang beliau dah snap sepanjang travel dan semasa ada event yang best tau, nanti masa korang klik link blog skuterlady ni korang boleh lah tengok tempat mana yang kakak skuterlady dah pergi. Best sangat2 kan? Di samping dapat berkenalan dengan owner blog ni, korang boleh mengenali tempat2 best dan belum pernah kita lawati kat negara ni. Jangan lepaskan peluang klik tau. 


Dari url blog pun dah boleh tau sikit intro tentang owner blog kan. Blog ni memang cantik sangat dengan design wallpaper yang purple grid tu, header yang cute mute buatkan kita semua rasa tak sabar nak baca entry dia kan? Hihi. So, ni adalah personal blog yang dimiliki oleh owner yang dikenali sebagai Syasya. Pssssss. Kat header tu very informative plak, ada translation hello dalam beberapa bahasa. Boleh la feeling2 jadi polyglot. Hehe. Thanks Syasya. Wah, Syasya ni sangat rajin join GA blog rupanya, korang kalau nak buat segmen apa2 jangan lupa invite owner ni tau. Pastu entry dalam blog ni ada banyak info pasal kesihatan tau, pasal masalah wanita dan sebagainya. Very nice one! Korang kalau nak tengok semua entry Syasya dah tulis ni, jangan lupa klik laju2 okay. 

Jom Review Blog: Edisi Pertama

Hi, selamat pagi semua, seperti yang Fara janjikan Fara akan review blog kawan2 yang so sweet dah join Fara punya segmen yang baru je tamat semalam. Total contestant ada 17 orang, so Fara akan buat entry review ni secara berperingkat2 lah ya ;)  Actually Fara ingat nak letak banner blog diorang, but tak semua kot ada banner so Fara just letak link je lah , lagi satu kang dikira mencabuli hak asasi korang pulak kalau Fara curi gambar dari blog korang, akak tak sanggup dipenjara okay. Apa2 pun hopefully membantu la mempromosikan blog korang. Hehehe. So tanpa melengahkan masa meh berkenalan dengan kawan2 Fara yang sweet ni.



Pertama sekali Fara review blog comel ni sebab dia lah peserta pertama segmen Fara tu. Hehehe. Owner blog ni Fara panggil Sya, seorang gigirl cute yang still dibangku sekolah. Very sweet little heart siap letak link Fara lagi kat blog dia. Akak terharu dik. Hihikk. Design blog pula yang super awesome, cantik, kemas dan meletop for sure korang tak sabar nak nengok nya. Entry2 kat blog dia pulak memang best semua, ada unsur2 nasihat, lawak2 pun ada jugak, pastu ada tutorial blog jugak. Pastu adik Sya ni ada bukak tempahan untuk design2 blog jugak, kalau korang berminat boleh klik link blog dia laju2 okay ;) 


Blog yang kedua ni very the girly one, cantik kan banner dia ni. Dengan tagline "I'm not a writer, I'm just a mere story teller" so boleh tahu how passionate she is in writing kan? :) So, Nia ni student lagi tau, Diploma in TESL, wah, bakal lecturer English ke ni? Ke editor magazine? Hihi. Setelah digodek2 lagi rupanya Nia ni seorang peminat Korean drama, hehe judge berdasarkan entry dia yang ada cite pasal korean drama. Sorry kalau salah ya. So, korang cepat2 klik link kat atas ni dan follow ya :) 


So, next blog is blog jejaka kacak malaya. Haha. Ciptaan tuhan semua kacak2 cantik2 ye dak? Fara panggil owner dia Mario je, agaknya dia ni peminat game Super Mario Bros agaknya kan? Cara penulisan dan komen2 daripada Mario ni menampakkan dia ni macam seorang yang cool je. Pastu dia ni memang ulat buku, suka membaca, memang contra sangat nih dengan Fara sebab Fara memang tak suka membaca langsung. Muahaha. Korang silakan klik link blog Mario ya, entry2 dia pun best2 jugak. Orangnya peramah :)

4. http://diarysofzulnas.blogspot.com/

Blog kakak cantik yang diberi nama Potret Cinta ZahinZul'Nas ni sangat lah cantik dengan warna background pink nya tu. Nama blog tu gabungan dari nama akak owner, suaminya dan anak mereka. So sweet kan. Tengok header pun dah rasa excited nak ada family jugak hihih. Jangan marah ya. Apa yang menarik kat blog akak Nas  yang cantik ni adalah ada segmen "Happy Postcrossing" yang mana dia berkongsi gambar2 postcard yang dia dapat dari sahabat di seluruh dunia. Wow! So, korang nak tengok dari negara mana kawan2 akak Nas, silalah klik ya.

5. http://soshesay.blogspot.com/

Ehem, last but not least untuk review edisi pertama ni adalah one of my favourite blogger yang Fara panggil Una. Orangnya sangat2 peramah, moden, cantik jelita, dan sangat rajin singgah blog dan komen2 kat blog Fara. Antara follower terawal blog Fara ni jugak, that's why I love her. Muah ciked. Fara dari dulu memang suka design dan penulisan Una sebab dia sangat straightforward dan banyak tulis tips2 macam tips nak online shopping, tips study, pastu daily life update yang sangat best untuk korang follow. Tunggu apa lagi, cepat2 klik ya.





Announcement!! Pemenang 1st Segment by Black Queen


Hi, Alhamdulillah, dah 2 bulan berlalu dari tarikh Fara mula2 buat segmen yang tak seberapa ni. Haha. Sebelum Fara umumkan pemenang dia, nak ucapkan jutaan thanks kat kawan2 yang sudi join segmen ni dan Fara rasa fun dapat baca korang punya description tentang diri korang :) Alhamdulillah sempat dapat 17 penyertaan, okay lah tu, sebab Fara pun tak promote sangat segmen ni, sebab malu. Promote pon rasanya 2 hari pertama launch benda ni. Haha. Fara cakap nak abeskan sebelum pukul 11.59 malam kan, tapi disebabkan Fara tengah free sekarang, so Fara update siang2 ni terus la.

 So now, Fara sendiri akan sahut challenge dia tentang "satu perkataan tentang diri sendiri tu". Okay, kalau orang suruh Fara describe one word tentang diri Fara, Fara akan cakap Fara MATANG kot. Erkkkk, matang ke? Hihi. Banyak segi jugak la kematangan Fara ni, dari fizikal for sure lah kot sebab badan den besar macam monster, haha tipu lah cam monster tapi besar la jugak. Haha. Orang confuse betul ke Fara baru 18, masa tu kat Jabatan Imigresen, dia tanya betul ke 18 ingatkan 28. Kuang asam! Pastu, kalau bab dressing dengan mekap pon Fara suka nampak dewasa, suka pakai lipstick terang2, pakai heels.

 Bab makan pulak, suka makanan2 kampung dan kuih muih ala2 orang tua sikit la taste Fara. Pastu selalunya hobi dan pemikiran Fara macam lain sikit daripada kawan2 sebaya, malas la nak describe sal ni, kang korang takleh terima lak apa hobi dan pemikiran yang Fara maksudkan tu. Ahaha. And last but not least, I'm a Lolita. Ada paham ka? Tu term Fara guna nak describe yang Fara suka kan lelaki lebih tua dewasa berbanding Fara. Lagi dewasa, lagi banyak pengalaman ye dak? Hehe. Got nothing to hide ;) 

Okay, kembali ke pangkal jalan  tujuan utama entri ni, nak umumkan pemenang, so dah janji nak pilih 5 pemenang je kan, tapi actually Fara terlupa nak beli lagi satu hadiah, so yang lagi sorang tu Fara bagi Topup RM20 ya. So, here's the list :

5.Naz

Tahniah pada yang terpilih tu ya, pada yang tak berjaya, Fara really sorry sebab kalau Fara kaya raya, memang semua orang Fara kasi hadiah. Hehe. Tapi sebab kan korang terlalu sweet sebab dah join segmen Fara so Fara akan cuba buat review tentang semua blog yang join contest ni, Inshaallah nanti mana tau boleh naikkan trafic dan followers korang ;) I love you all.

NB! Perhatian kepada para pemenang sila emelkan alamat anda ke emel Fara :  bungatoy@gmail.com 

Dinner Bersama Keluarga Si Dia di Bagan Lalang

Hi Assalamualaikum semua dan selamat petang. Dah 3 hari Fara demam ni tak sempat nak blogwalking kat blog kawan2. Inshaallah lepas dah sihat nanti Fara akan kembali menjejak anda semua. Hehe. 

Semalam, 8 Ogos 2015 Fara sekali lagi dapat peluang makan bersama dengan keluarga si dia. Tapi kali ni kami dinner kat luar pulak, di Bagan Lalang. Tak sangka plak planning ni betul2 terjadi sebab dah lama dia plan nak ajak Fara makan2 sana sebab dia minat sangat kat sotong celup tepung kat situ. Hihi.

Hehe macam biasa la selfie sokmo. Ni sementara tunggu Ikhwan datang rumah, kesian dia trapped dalam jam.

Teehee padan muka awak sape suruh taknak buat muka cute dalam gambar kan saya dah upload yang ni.


Sebahagian dari makanan kitorang malam tu


Perjalanan dari KL ke sana almost 2 jam sebab lalu jalan jauh sikit kot pasal semalam jalan yang biasa tu tutup. Sampai2 kat sana dalam pukul 8.40 malam,emak, abang , kakak dan keluarga diorang pun datang sekali. Huhu. Gugup sebenarnya tapi tak dapat nak express the feeling sangat sebabnya Fara sejak dari dalam kereta lagi dah sesak nafas and nausea. 

Sampai je kat meja hari pulak hujan, aduhai angin punya la kuat. Tergolek2 cawan kat atas meja. Tengok pulak gelagat sekumpulan Indian kat meja sebelah terjerit2 diorang kena tempias hujan. Kesian. Huhu. Dalam 15 min camtu pas hujan reda baru kitorang start makan. Nyum3. Macam2 diorang order untuk raikan Fara dan ibu Fara. Ada siakap steam, kerang bakar, sotong dan udang celup tepung, pari bakar and the most special pepahat yang Fara tak pernah makan before this. Hihi. Thanks so much pada dia dan keluarga. Inshaallah one day Fara punya turn plak belanja diorang.

Pas makan tu tak disangka2 Fara tiba2 sesak nafas  and almost pitam kat sana. Adui. Dalam sakit tu actually Fara malu gila sebab rasa macam entah apa2 je tiba2 nak pengsan kat restoran tu. Nasib baik lah diorang semua baik. Ikhwan pon tolong belikan panadol dengan minyak angin. 

Fara tak tau la kenapa pitam camtu, ada banyak hipotesis Fara nak buat tapi belum ada conclusion. Either sebab Fara dah memang demam dan selesema, ataupun sebab Fara sanggup tak makan dari pukul 10 pagi sampai 8 malam tu semata2 nak simpan perut untuk makan kat sana, ataupun Fara dah memang betul2 tak boleh kena angin laut yang kuat sangat tu. Hehe. Whatever it is I Love you so much.



Kenapa Kecantikan Itu Sangat Penting

Hi semua. Selamat pagi, rasanya sejak cuti summer ni memang kerap sangat Fara update entry ;) Ya lah bosan2 duk rumah tak ada buat apa, so Fara bukak blog je lah. Haha. Okay now nak share Fara punya pendapat tentang penjagaan kecantikan dan ketrampilan diri.

No, bukan nak review any product pun. Cuma nak bagitau kenapa menjaga kecantikan dan ketrampilan tu sangat penting. Kecantikan tu tak fokus pada pemakaian alat solek yang fancy, buat mata smokey eyes, ataupun buat contouring muka, tapi menyeluruh daripada hujung rambut sampai hujung kaki.


Penampilan haruslah dijaga bermula dari rambut yang didandan rapi, pemakaian tudung yang kemas, solekan yang sesuai dengan tona kulit dan usia, pakaian yang sesuai dengan acara, kasut yang selesa, kuku dan kulit yang bersih, bau badan yang wangi dan termasuk dengan cara berjalan, bertutur dan postur badan yang betul. 

1. Memberi keselesaan dan keyakinan pada diri

Ulasan yang paling basic, beauty leads to confidence. Keyakinan diri sangat penting dalam meningkatkan produktiviti diri. Dengan penampilan yang kemas dan menarik, semburan minyak wangi yang mempesona sudah tentu kita jadi lebih yakin dan bersemangat untuk ke kelas dan bekerja.

Lagi2 kalau kawan kita puji, "wah Fara nampak lain lah hari ni", "makin cantik la sekarang", ataupun "suka tengok awak pakai macam ni". Bila orang puji camtu mesti rasa bangga je kan. Alah bukan bangga yang tak elok tu, just rasa seronok la. Macam dihargai gitu. Siapa setuju angkat tangan!

2. Memberi keselesaan pada orang yang perlu berkomunikasi dengan kita.

Yes, affectionate beauty. Siapa jua yang tidak sukakan kecantikan? Tiada siapa kan? Sepanjang hari kita akan bertemu dan berurusan dengan sekurang2nya seorang insan lain, jadi penampilan diri perlu dijaga, especially bab bau badan dan juga nafas. Sometimes memang kita jenis rajin gosok gigi, tapi gaya pemakanan buatkan nafas dan badan kita sentiasa berbau.

Tips dia kita kena selalu prepare chewing gum atau gula2 pedas(minty) dalam beg atau poket, kalau rajin boleh beli Listerine botol kecil tu dan kumur2 especially selepas makan atau rasa2 nafas dah nak berbau tu. Hihi. Kalau bab bau badan, kena la selalu rajin guna deodorant dan sembur perfume sikit, takmau kuat2 sangat nanti menyakitkan hidung pulak.

 Jadi seorang manusia ni kita kena be considerate la, kena tahu setiap apa kita buat tu kadang2 akan memberi kesan pada orang lain, kalau kita rasa taknak kemas2 wangi2 cantik2 tu tak memberi kesan pada orang lain , kita silap. 

3. Kita sebagai duta kecil negara

Especially pada perantau macam Fara, bila kita bekerja atau belajar atau melancong sekalipun kat luar negara, kita dah jadi duta bagi negara kita. Setiap gerak geri perilaku kita akan reflect seluruh insan kat negara kita. So be prepared untuk tunjukkan good side of yours coz you are now an embassador. Bila lagi nak feeling2 model duta2 produk kan. Hihi.

 Okay kalau tak percaya, cuba tengok bangla kat negara kita, since kita dah jumpa ramai bangla yang berbau so kita assume semua orang dia macam tu, padahal ada je orang dia yang hensem2 wangi2.

Sometimes being a student kita malas nak siap cantik2 kemas2, kita mindset orang yang melawa tu sebab diorang nak tarik perhatian. Tetttt! Anda salah, diorang melawa sebab diorang tahu penjagaan diri tu penting sebab boleh mencerminkan seluruh komuniti.

4.  Meyakinkan orang untuk terima kita (hubungan dan pekerjaan)

Ahaa. Believe it or not, human is still human. Suka kan kecantikan, especially kalau korang pergi interview memang dinasihatkan untuk pakai proper, pakai cantik2 kemas2 sebab first impression tu sangat penting.

Pastu kalau bab bercintan tu dah sure2 lah orang nakkan yang cantik2 sebagai pasangan, memang beauty is subjective tapi kita still kena jaga kecantikan dan penampilan kita. Takkan mindset beauty is subjective sampai kita kuar dengan pakaian merebeh, badan berbau. Takmo camtu okay.

 Sama lah juga kalau dah kawin, still kena kekalkan momentum kecantikan kita tu supaya hubungan kekal abadi. Korang kan selalu tengok dalam drama2 yang mana suami curang dengan anak dara yang lagi muda lagi cantik. Sama la jugak kadang2 si isteri pun main kayu 3 jugak. Huhhhh..Jadinya sentiasa be prepared sentiasa be the most beautiful woman la in front of our spouse. Okay????